Tuesday, April 14, 2009

UPSR

sebenarnya Kedahkids tidak berminat untuk komen hal TPM Baru kita berkenaan kenyataan beliau berkenaan masyarakat cina. tetapi bila membaca dalam banyak blog dan web nampaknya ada banyak muslihat yang tersembunyi dalam penulisan masing-masing. Katakan kalau penulis itu sudah ada 'bulu' dengan TPM maka tulisan nya agar keras dan terus tekan kepada point yang negatif lebih, kalau penulis yang lebih resional maka tulisan akan lebih kepada membina.

Tetapi hari ini, kebanyakan bloger tidak sokong BN maka dalam setiap statement yang dikeluarkan oleh pemimpin BN akan ada putar belit fakta yang boleh disalah taksirkan. Kedakids bercadangkan supaya siapa yang menulis kenyata Pemimpin tidak kira dari BN atau PR atau BEBAS ini supaya ditulis sebenar-benarnya dikatakan oleh Pemimpin tersebut (dalam bahasa yang dikatakan atau digunakan oleh Pemimpin itu ) kemudian buatlah terjermah dalam bahasa yang si-penulis ini faham. Dengan ini salah faham dan penekanan kepada kata-kata Pemimpin bolehlah ditaksir oleh pembaca itu sendiri. Ianya juga dapat mengurangkan kekeliruan pembaca massage yang akan disampaikan.

Masa kini ramai penulis ingin menjadi "hero" dengan aktikal "berani" . Ini kerana dengan hak bebas bersuara, maka pandangan seseorang itu telah mewujudkan sekurang-kurangnya 3 golongan yang akan berbahas dalam sesuatu isu yang berbangkit. Golongan ini ialah yang pro, yang kontra dan atas pagar. Jika semakin ramai yang terlibat seperti contohnya kenyata berbau perkauman maka dengan secara tidak langsung kaum terlibat akan bertidak sekurang-kurangnya menpertahankan hak mereka. Ini akan menjadi seperti peribahasa "nila setitik, susu sebelanga rosak".

Dalam erti lain pandangan seseorang itu tidak semestinya betul, dan ianya tidak salah. Zaman sekarang, kita mestilah taksir pro dan kontra, bukan mengeyakan isu-isu yang selalu dihidangkan. Kedahkids mahukan kesedaran kita sebagai rakyat Malaysia bahawa satu undi di tangan kita boleh mengubah kerajaan, kita mesti sokong pemimpin yang boleh membentuk pembangunan rakyat dan bukan nya sokong kerana marahkan sesuatu pihak. Kerugian adalah berpihak kepada rakyat kerana siapa yang akan mewakili atau membawah suara rakyat kawasan itu ke Kerajaan yang memerintah untuk dapat perhatian.

No comments:

Post a Comment