Monday, April 20, 2009

Penanti yang sedang menanti.....

daripada Kedah ke Pulau Pinang singgah sebentar di Butterworth, dimana Penanti ada lagi ADUN cabut lari kerana tidak tahan dengan "kemahuan" PKR yang sedang dalam mood yang terbaik menukar ADUN atau MP yang tidak berkemampuan "bertugas".

Tidak lama lagi Bukit Lanjar akan juga ditukar kerana tidak "bagus" ADUN dipandang mata. Comel juga ideal orang politik ini. Macam-macam boleh buat, dari jimat duit, jaga alam sekitar sehingga ada yang buang duit dan begitu juga jahamankan bangsa!.

PKR mempunyai pemimpin pemimpin yang bukan saja pandai dalam politik tetapi juga pandai bersosial. Ini sudah terbukti di Pilihan Kecil yang lalu. PKR mengambil pendekatan yang lebih kepada menyebarkan sebarang maklumat yang ada benar dan ada palsu kepada setiap lapisan masyarakat. Orang muda akan di dekati orang muda dan orang tua didekati orang yang tua. PKR akan berada dimana saja asalkannya disitu ada pengundi.

Kekuatan perayu undi PKR sangat bersemangat seperti selepas diberi motivasi sebelum turun padang untuk merayu undi. Budak budak kolej dibawah masuk ke kawasan stategi dan bekerja sebagai penyebar risalah semasa PKR mengadakan ceramah bergerak.

Sebenarnya cara berkempen ini dicontohi dari cara Pilihanraya luar negara. dimana golongan muda di beri motivasi dan juga sokongan aluan untuk berkempen bagi sesuatu pihak. Parti yang bertanding biasanya akan mengumpulkan seberapa ramai orang yang mungkin untuk bekerja dengan mereka. Semakin ramai semakin kuat parti berkenaan. (ini adalah kesimpulan pada mata pengundi atas pagar yang tunggu / lihat kemudian sokong kepada parti yang ramai penyokongnya)

Buat masa kini Malaysia juga terikut-ikut dengan cara begini, dimana pada hari membuang undi pondok panas akan dipenuhi orang yang menyokong parti bertandingan. kalau dilihat ini tidak boleh dijadikan pengukur kepada kemenangan sesuatu parti itu tetapi pada hakikatnya ini adalah kenyataannya ,, lebih ramai orang pada pondok panasnya maka banyak undi yang akan di dapat pada parti berkenaan.

Dari pengalaman di Bukit Selambau, dapat satu kesimpulan bahawa pondok panas bebas yang tidak ada penyokong dan tinggal begitu saja tidak dapat undi dari pengundi tetapi pihak PKR dan BN yang mempunyai penyokong sehingga habis masa mengundi memdapat undi dari pengundi.

Satu lagi kelebihan PKR yang mana kedahkids katakan bahawa mereka pandai bersosial tetapi tidak kepada BN. Kenapa?

1. PKR tidak payah belanja wang yang banyak untuk berjumpa dengan pengundi, hanya dengan fotostat risalah menyatakan masa, tempat dan siapa yang akan datang berceramah pu mendapat ramai pendengar yang datang.
2. Ada Permit atau tidak berpermit tidak penting, yang akan susah rakyat dan yang akan sokong PKR pun rakyat.
3. PKR mempunyai pasukan "think tank" cari jalan untuk mendapat sokongan rakyat.
4. Undang-undang hanya untuk penyokong BN dan tidak bererti kepada penyokong PKR. Ini dapat dilihat bila keganasan berlaku BN yang disalahkan. betulkan??

Justeru itu, BN akan makan hati sungguhpun telah bekerja keras untuk menolong rakyat tetapi kaedah bersosial BN tidak boleh bertanding dengan PKR, jadi kenalah BN menjanakan sesuatu yang baru untuk mendekati dan bersosial dengan pengundi sebelum terlambat.

No comments:

Post a Comment