Thursday, April 23, 2009

Cina Mula "SUKA" Pada PAS

Salam dari Kelantan sudah mula berakar di Kedah. Pada masa lalu MCA yang menwakili Kaum cina dalam BN tidak setuju dengan pendekatan yang dibawah oleh PAS. Dalam usaha PAS untuk mendapatkan sokongan orang cina perbagai janji dan kefahaman ajaran dalam Islam telah ditafsirkan sebegitu mudah difaham oleh kaum cina. Contohnya di Kelantan agama selain dari Islam dibenarkan di sana dan bukan begitu saja tetapi juga dapat "sokongan" dari kerajaan PAS.

Acara keagamaan turut dihadiri oleh Tok Guru dan pemimpin PAS. Pada mulanya terdapat kesangsian terhadap ketulasan kerajaan PAS ini tetapi telah dibuktikan bahawa keharmonian dalam hormat-menghormati sesama agama telah dapat menyakinkan kaum cina di Kelantan bahawa PAS tidak fanatik seperti yang selalu dilaporkan.

Pada masa pilihan raya kecil Bukit Selambau, cina dari Kelantan turun padang untuk berkempen untuk PR dan mendapat tempat dihati pengundi. Apakah sebabnya??? PAS yang selalu dikaitkan dengan haram judi, mimun arak, dan tidak benarkan ternak babi kenapa tidak lagi "ditakuti" oleh kaum cina.

ADAkah PAS sudah menyakinkan kaum cina bahawa benda yang haram seperti diatas boleh dihalalkan apabila PR berkuasa satu hari nanti? ADAkah ini kerana untuk mendapatkan sokongan dari kaum cina maka ada 2 standart yang berbeza digunakan?

Angin perubahan yang melandar politik Malaysia nampaknya masih belum reda lagi, Ini berlaku di Penanti, dimana ADUN PKR yang letak jawatan tidak dimarahi oleh rakyat disitu tetapi pihak BN yang disalahkan kerana menyebabkan krisis ini.

Oleh itu, dari kesimpulan ini suara rakyat sekarang adalah lebih kepada tidak kepuasan kepada Pemimpin atas BN daripada kebolehan calon yang akan bertanding. Sekali lagi PKR ini diberikan peluang untuk menjatukkan maruah BN di hadapan rakyat. Kesian pada BN....

No comments:

Post a Comment