Monday, April 20, 2009

PKR mahu tunjuk "Tai Kor"

Benar juga kata orang tua " air yang tenang jangan di sangka tidak ada buaya". Dulu masa nak "joint" sekali punya jam semua boleh, sampai akan diadakan 1 pose TPM untuk kaum selain dari orang melayu. ini baru sekali teguh saja sudah panggil " diam" jangan sebut-sebut lagi.

Baru lah tahu, kalau 'Joint' dari parti yang tidak sehaluan inilah akibatnya. DAP tidak boleh masuk campur urusan PKR itu benar dan secara halus 'jangan ajar PKR berpolitik' . Dalam hal rakyat Pulau Pinang yang dahagakan perkhidmatan seorang TKM Melayu, DAP sebenarnya berhajat baik kerana hendak menolong orang melayu disana tetapi yang peliknya PKR seperti ada agendanya sendiri. Kerajaan PR di Pulau Pinang seakan akan hilang misi pejuang mereka kerana asyik dengan masalah TKM mereka. Apa apa pun cepatlah gantikan yang baru kalau dengan asyik berlakon demi minta simpati rakyat, lama lama orang dalam juga akan bersuara jua.

setenang tenang PKR dalam PR pun telah menunjukkan taringnya. DAP yang bekerja kuat dari tahun lalu masih dikutuk oleh PKR kerana tidak menjaga kebajikan EXCO PKR. macam mana hendak jaga PKR sedangkan ADUN yang dipilih kebanyakan tidak berpotensi untuk bekerja kuat, yang muda pun sudah cabut bagaimana dengan yang tinggal 2 yang tua ini??

Oleh itu PKR tidak kan lagi berharap kepada ADUN yang sedia ada ini tetapi akan mencari yang lebih berpotensi untuk mengisi DUN Penanti ini. Seperti di Bukit Selambau PKR punya TUAN taruk muka baru tanpa perduli sama ada akan dapat sokongan dalam atau tidak kerana itu tidak penting yang penting pengundi suka pada PKR. Pengundi suka kepada PKR bukannya PKR itu bagus tetapi PKR + DAP + PAS adalah BINTANG pujaan pengundi untuk dapat banyak info "hiburan" kemudian ditransformkan kepada undi PKR.

Kepada DAP dan PAS sekarang pemimpin PKR panggil encik LIM jangan bercakap banyak sedikit hari minta PAS duduk senyap lepas itu, semua hal kerajaan PKR buat lama lama penyokong DAP + PAS akan tunduk ke PKR kerana PKR parti 3 Bangsa. dalam PKR semua ada. Ada berbagai kaum , ada berbagai agama dan berbagai pendapat menjatuhkan Kerajaan BN itu yang penting sekali. DAP + PAS mana ada hati nak jatuhkan BN?.

Tai Kor sudah bersuara adik=adik semua mesti ikut saja dengan setia jika mahukan BN jatuh.

No comments:

Post a Comment