Sunday, April 12, 2009

Tanah oh Tanah!

kebanyakan rakyat Kedah masih hidup dibawah paras kemiskinan. Benarkah statement ini???
Kemungkinan ianya benar, kenapa begitu? Rakyat Kedah kebanyakannya hidup secara serdehana dan bertani. kehidupan mereka dikampung-kampung penuh dengan keharmonian dan tolak ansur sesama penduduk kampung tidak mengira kaum dan agama. Jadi kemiskinan di kampung tidak sama dengan kemiskinan di bandar. Oleh itu 'Bawah Paras Kemiskinan' tidak menjadi isu yang serius pada Kerajaan PAS Kedah, sebab Negeri Kedah , kampung lebih banyak dari bandar. Kerajaan PAS tidak perlu mengembangkan ekomoni tetapi sebaliknya mengembangkan fahaman parti PAS adalah lebih penting dan mustahak. Harap-Harap Kelantan No. 2 akan wujud di Kedah. Lepas itu anak anak mudah akan mencari makan di luar Kedah seperti mana Negeri Kelantan hari ini. sebagai negeri PENCEN.

Kerajaan PAS Negeri Kedah selalu berkata tiada duit untuk buat sesuatu projek, Sungguhpun
projek itu penting dan rakyat sangat mengharapkan. Benarkah Kerajaan Pas Kedah tidak Berduit??? ini lagi buat rakyat pening, kalaulah berpolitik seperti pembangkang sampai bila pun Kerajaan Pas tidak berduit.

EXCO PAS hanya tahu tolak dan bantah saja. Itulah cara PAS memerintah. sebenarnya PAS tidak mempunyai arah tuju selain dari agenda parti PAS. Kalau PAS mahu memajukan Kedah, PAS kena bekerja sama dengan setiap kaum secara terus dan bukannya dengan minta pendapat sahaja, ini terbukti dengan system KUOTA 50% untuk orang melayu. sampai hari ini EXCO PKR terpaksa menghadapi pertanyaan dari Bukan Orang Melayu untuk system ini. Juga difahamkan bahawa "orang dalam" telah berpakat dengan EXCO PAS untuk menguruskan LOT-LOT yang tidak laku ini untuk buat duit.(system ini akan gagal, kemudian ianya akan dihapuskan dan EXCO yang berkait akan cari pembeli untuk mengambil alih lot-lot yang tak dijual dengan harga murah kemudian ditawarkan kepada semua kaum, disinilah "orang dalam" akan buat duit)

Oleh itu, cuba tanya sendiri adakah Kedah ini miskin atau tidak????

No comments:

Post a Comment