Wednesday, April 8, 2009

HARI HUJAN

Kedah hari ini hujan..... adakah ini bermakna musin hujan pada masa ini?
sebenarnya ianya hujan biasa eja. musin "hujan" baru berlalu iaitu setiap calon yang bertanding telah dengan rela hati "berlabur" untuk menjawat Yang Berhormat DUN ini..

1. orang yang paling mendapat "hasil" dari pilihan raya ini adalah Yang Berhormat baru. Kerana mulai 8 april 2009 YB baru akan mendapat gaji + alaun + banyak lagi sehingga habis penggalnya dan kemudian akan di beri pencen sampai habis hayatnya.

2. yang mencetak poster, banner, risalah dan bahan bahan cetak yang lain. Cuba tengok calon kapal terbang, dia pun poster sungguh cantik dan menarik kerana warnanya yang terang dan kuning pun sememang warna yang menarik perhatian. ini tidak termasuk dengan calon yang lain dan pihak SPR.

3. Petrol station, cuba bayangkan hari hari biasa Sungai Petani ini hanya akan sesak pada waktu pergi dan balik kerja, tetapi kerana ini pilihan raya lebih 20 hari berturut turut jalan raya Sungai Petani penuh dengan berbagai jenis kenderaan. jadi tauke-tauke station minyak juga yang senyum .

4. Hotel, motel, bilik sewa, rumah sewa dan bermacam lagi termasuk rumah penduduk tempatan penuh. kerana pasukan penarik undi masuk dari kawasan luar untuk menolong calon-calon yang bertanding.

5. kedai makan semua tidak mengira bangsa semuanya akan kaya sedikit, tetapi kedai 24 jam yang paling untung kerana pagi pukul 2 pagi pun kena tunggu tempat duduk. tengok bertapa ramai nya orang berada di sini DUN Bukit Selambau ini.

dan banyak lagi, tetapi yang rugi pun ada... siapa ???

pembayar cukai, sekali pilihan raya kecil sekali peruntukan seperti:-

1. SPR terpaksa mengambil tenaga kerja sambil, iaitu pekerja kerajaan khasnya untuk dalam pengurusan Pilihan raya kecl ini.

2. Keselamatan, polis yang dihantar ke DUN ini tidak kurang dari 3000 orang untuk tempoh 15 hari cuba kira kan alaun yang dibayar tempat tinggal dan berbagai kemudahan yang di sewa untuk menyokong kerja pihak polis.

3. sekolah -sekolah dan tempat yang digunakan untuk membuang undi. budak sekolah tidak bersekolah satu hari tidakkah ini menrugikan anak-anak kita?

4. kerugian bahan bakar seperti petrol dan diesel, kerana hanya ingin menunjukkan ketibaan penyokong masing-masing, puak=puak ini akan menronda, bukankah ini kerja membuang duit?

5. boleh dikatakan ini kerugian yang paling serious, berbalah sesama penduduk sendiri. ini terjadi kerana fitnah menfitnah yang dibawah masuk oleh berbagai parti telah menrosakan keharmoniaan penduduk tempatan ini. "kecederaan" keharmonian penduduk tempatan ternampak bila parti parti yang bertanding ini mahu penyokong mereka mengeyakan atau menidakkan sesuatu isu yang dibawah untuk mendapatkan undi. kesan ini tidak dapat disuraikan dengan habis nya pilihan raya kecil ini. tetapi mengambil masa yang agar panjang dalam proses memgembalikan keharmonian ini. pada masa kini bukan saja "kerosakan" kepada antara kaum tetapi juga kerosakkan sesama kaum. yang cina marahkan cina,, yang melayu marahkan melayu dan begitu juga kaum india.

disini kedahkids sungguhpun kecil tetapi tidak sanggup melihat ada pergaduhan antara mak bapa dan begitu juga kebencian sesama adik beradik.

dengan ini apa yang telah dibuat atau berlaku, mari kita berfikir semula adakah keadaan ini yang kita mahu atau kita kena bendung dari terus menjadi alat kempen parti-parti bertanding.

sekali lagi kedahkids mengingatkan bahawa keharmonian ini sangat penting dan bermula dari diri kita sendiri dan tidak akan diperalatkan oleh orang lain...

No comments:

Post a Comment