Wednesday, August 26, 2009

ahkirnya dapat juga tambah seorang EXCO cina.

Kerajaan PR di Kedah dengan besar hatinya memberi EXCO kepada cina (PKR) setelah wakil ADUN dari bahagian selatan Kedah setelah ADUN Lunas keluar dari parti PKR.

Keadaan ini membayangkan bahawa PR Kedah adalah berperihatin kepada rakyat di selatan Kedah. Rakyat di sana patut berterima kasih kepada MB Kedah kerana tindakan cepat dan tepat beliau. persoalannya?

kenapa PKR tidak melantik Adun Serdang tetapi pilih ADUN Kulim? Kalau mengikut pengalaman ADUN Serdang lebih berpengalaman dari pada ADUN Kulim dan juga dari segi jawatan di dalam PKR ADUN Serdang lebih tinggi daripada ADUN Kulim.

Pelantikan EXCO ini menampakan bahawa ADUN Serdang semenangnya tidak disenangi oleh MB Kedah. Ini kerana terdapat sedikit salah faham antara MB dengan ADUN Serdang. Kalau dilihat dari segi kerja dan keberanian menegah kebenaran ADUN Serdang adalah satu satunya ADUN yang selalu memberi pandangan dan tegoran kepada kerajaan Kedah, kalaulah ADUN Serdang ini diberi Jawatan EXCO kerajaan negeri maka makin bertuahlah rakyat di selatan Kedah ini.

Tetapi kita melihat bahawa MB lebih selesa dengan pelantikan EXCO yang kurang berpengalaman dan juga tidak berapa aktivif untuk jawatan penting ini. semoga rakyat di selatan Kedah tidak kecil hati dengan pelantikan EXCO yang kurang "buat hal" sedikit daripada yang berpengalaman.

Wednesday, August 12, 2009

pantas masa berlalu

Setelah PAS mengambil alih kerajaan Kedah, ramai berharap akan dapat satu perubahan yang besar akan berlaku dalam pentadbiran dan juga pengurusan kerajaan negeri. Tetapi ianya hanya seperti harapkan hujan turun selepas mendengar gerun di bukit.
Kedah mempunyai masa depan yang cerah kerana mempunyai landskap yang sesuai untuk beberapa projek yang bertaraf dunia seperti pembinaan hub system pelapis minyak dan hib perniagaan dari Asia Barat dimana pada satu masa dahulu Kedah pernah didatangi oleh perdagangan dari negeri negeri tersebut.
Kawasan rata yang luas menjadikan Kedah sebagai Jelapang Padi sejak dulu lagi. Sebab dengan terlalu banyak kebaikan maka Kedah mempunyai potensi yang baik untuk menjadi negeri maju pada masa yang terdekat. Taraf kehidupan rakyat akan dinaikkan setelah satu per satu rancangan dan projek dapat dilaksanakan dengan teratur, tetapi PAS telah melambatkan proses kemajuan Kedah.

Monday, August 3, 2009

Africa Night Crawrer (ANC)

dia mengingatkan saya kepada cacing yang diternak oleh perternak cacing di seluruh dunia.
ANC ini lebih agresif dan besar daripada cacing jenis lain dan mempunyai selera makan yang lebih pantas, sebab itu ainya sangat disukai perternak kerana hasilnya yang lebih cepat dan banyak.

jika dnightcaller sama dengan ANC ini maka rakyat Malaysia akan menjadi lebih berselera dengan berita yang disajikan, harap harap kesimpulan dari berita dnightcaller ini tidak berat sebelah dan tepat kepada kebenaran.

Sunday, August 2, 2009

Terima Kasih PAS Kedah?

Setelah lebih 17 Bulan memerintah Kedah, sudah banyak perubahan yang telah berjaya di laksanakan dengan begitu jayanya sehingga terdengar suara ada orang tidak akan lagi menyokong parti BN dan parti - parti lain selain daripada PAS.

Pertamanya, berkenaan pembahagian peruntukan untuk ADUN PR yang mana hanya ADUN PAS saja yang diberi keutamaan dan PR yang lain seperti DAP dan PKR , kawasan mereka akan di jaga oleh PAS kawasan mereka, jadi peruntukan akan disalurkan melalui PAS kawasan. Tak percaya tanya ADUN DAP dan PKR.

Kedua, setiap cadangan yang berkaitan dengan pembangunan Kedah tidak kira sama ada untuk rakyat Kedah atau untuk orang Islam, semuanya akan "dimesyuaratkan" dalam PAS dan juga diluluskan dalam PAS, ini yang buat kebanyakan keputusan kerajaan negeri tidak diketahui oleh ADUN atau EXCO PR yang lain terutamanya DAP dan PKR.

ketiga, masalah sosial. Ini adalah akhibat dari pemerintah yang lalu? Puncaknya dimana kuasa pemerintah yang selama 17 bulan ini pergi? dan keempat, kerajaan Kedah telah berjaya melahirkan penyembelihan babi persendirian yang mungkin pada satu hari nanti tidak dapat dikawal. Kenapa begini? Ya, para penjual daging babi tidak mempunyai kawasan yang sesuai untuk mereka menjalankan aktiviti mereka jadi mereka "terpaksa" menjalankan dalam sekala yang lebih kecil dan sesuai dengan hasrat kerajaan negeri yang mana tidak punyai pusat untuk sembelih babi ini.

Dengan dasar yang lebih kepada "syok" sendiri maka PAS patut di memberi perhargaan terima kasih dahulu sebelum ianya dibawah turun dari memerintah Kedah pada masa hadapan. Rakyat mahu melihat sebuah kerajaan yang harmoni seperti selalu diutarakan oleh Islam dan juga agama yang lain dan tidak seperti yang berlaku sekarang.