Monday, November 9, 2009

Tersasau Pula Pemimpin Lama

Ya! semakin lama semakin tersasau pula pemimpin politik MCA ini. Bermula dari kemelut dalaman MCA sehingga kepada nak minta campur tangan PM. Mana perginya motif dan tujuan pejuangan MCA yang sebenarnya selama ini yang menyuarakan kebajikan masyarakat cina Malaysia.

Pada dunia masa sekarang, semua yang berlaku tidak lagi mempunyai kesimpulan logik "betul" atau "salah" . Tetapi lebih kepada pendirian yang diambil oleh seseorang yang berkaitan. Contohnya seseorang mencuri bukan kerana dia suka dengan perkerjaan ini, tetapi apa yang dikerjakan adalah betul pada pandangan si pencuri ini, sebabnya siapa akan bayar belanja hariannya jika dia tidak mencuri.(pada pencuri ini mungkin satu mata pencarian yang dia tahu) tetapi pada orang yang kena curi tentulah mengatakan perbuatan mencuri ini salah.

Seperti dalam MCA pada masa kini, masing masing tidak mengaku salah dan masih mengharapkan sokongan dari orang ramai dengan pendirian mereka yang boleh diibaratkan meneguh di air yang keruh. Ada yang bising pasal ada orang "cakap tak serupa bikin" dan ada orang pula bising kerana "Bikin tidak serupa cakap".

"Cakap tak serupa bikin" -- boleh kita samakan dengan penceramah yang pandai berceramah tetapi pada kehidupan sebenarnya tidaklah se-elok seperti yang dikatakan...

"Bikin tak serupa cakap" --- ini teruk sedikit, pasal buat satu dan cakap dua.. contohnya buat sokong menyokong , buat sign surat aku janji , buat macam macam tetapi lepas itu cakap tidak sokong , cakap tidak janji dan cakap macam macam kerana nak naik sendiri... INI orang yang kita takut dalam mana mana jua pertubuhan terutamanya politik...

Semakin lama menjadi pemimpin tertinggi dalam sesuatu pertubuhan, perselisihan faham sedikit sebanyak akan berlalu juga. Berharaplah kepada pemimpin yang sedia berkhidmat ini janganlah kerana nak syokkan diri sendiri PARTI di gadai...........

Thursday, November 5, 2009

Episod Baru MCA.

Dengan ini maka tamatlah satu episod yang membuat hati para rakyat kaum cina berdebar selama lebih satu bulan dimana dari kes Timbalan President MCA dipecat sehingga ROS mengakui berdasarkan Peraturan dan Undang-undang yang diperuntukan sebagai Timbalan yang sah.

Keputusan Pemimpin-pemimpin tertinggi MCA untuk bergabung semula dan bersatu adalah sesuatu yang telah lama yang diinginkan oleh masyarakat cina di Malaysia ini. Selepas dari pemilihan parti tahun lalu, ramai masyarakat cina mengharapkan dengan adanya gabungan pemimpin veteran dan muda akan membawah Parti MCA menuju ke satu erah yang lebih tinggi dan berpengaruh selepas tsumani politik 308.

Pada masa itu, harapkan hujan, hujan tidak turun... boleh dikatakan begitu. President MCA(mungkin tersalah menerima nasihat) dengan megahnya telah melaku kejutan demi kejutan seperti seorang diktator( ataupun maharaja negeri China pada masa dahulu) mencantas sekali gus pemimpin-pemimpin veteran dan diisikan dengan pemimpin-pemimpin muda (sehingga ada yang tidak tahu buat kerja dengan betul) kononnya untuk membagi peluang kepada pemimpin muda. Segala masalah terjadi, adalah semata-mata kerana ingin generasi muda lebih berkecimpung dalam arus politik Malaysia.

Harapkan cuaca baik sepanjang hari, mana tahu hujan di sebelah petang. Ini ada episod yang baru bagi MCA. Kumpulan ketiga ini, kita samakan ia dalam cerita dongeng "Siput dengan bangau bergaduh, nelayan dapat hasil". Sungguh tidak disangka dengan jerat yang dipasang begitu teliti dan sempurna sehingga satu Malaysia terutamanya masyarakat cina, mengikut rentak yang telah diatur untuk menjahamankan President MCA dan Timbalannya dengan penperlagakan kedua-dua pemimpin ini dan kemudian memaksa President MCA letak jawatan.

Kehalusan kerja-kerja jerat mereka akhirnya makan diri, sebab utamanya, mereka ini tidak mempunyai kesabaran yang tinggi sehingga ada kesan menampakkan kegopolan mereka iaitu secara terang meminta supaya kekosongan kerusi seperti yang pernah dijanjikan oleh President MCA (setelah ditipu oleh kumpulan ketiga berbuat demikian sebelum EGM1010) secepat mungkin.

Ketua-ketua sayap MCA juga buat hal, Parti MCA akan kuat dan berpengaruh jika sayap-sayap ini selalu mempunyai arah tuju, semangat berjuang dan salin berhormat sesama terhadap pemimpin pemimpin. Pada kali ini, ramai yang kurang faham kenapa sayap-sayap MCA tidak sehaluan dengan President MCA? Tetapi satu faktor yang perlu diambil kira adakah sayap-sayap ini juga termasuk dalam kumpulan ketiga ini???

Sebelum EGM 1010 sayap-sayap MCA "cakap" sokong tetapi "sokong cakap" adalah. Sehingga saat-saat akhir sebelum EGM1010 sayap-sayap ini masih "kuat" sokong dengan mengada seksi tandatangan sokong President MCA, hairan bin ajaib kenapa ketua sayap-sayap ini dengan lantangnya meminta supaya President MCA letak jawatan selepas EGM1010?. Tidakkah mereka merasa berbuat demikian akan buat mereka dilihat seperti anak kecil minta gula.

Kedua-dua sayap MCA ini, mungkin Ketua-ketua nya pada pemilihan MCA yang lalu tidak melalui proses pertandingan seperti President dan Timbalan MCA. Ini kerana selain dari mereka berdua ini tidak ada pemimpin yang lain berkelayakan untuk Ketua Sayap ini. Jadi mereka boleh dianggap "kebal" sedikit jika dibandingkan dengan President dan Timbalan MCA, kerana mereka mendapat sokong 100% dari sayap yang diwakili.

Oleh itu, kepada pada perwakilan dan pemimpin sayap MCA buatlah sesuatu supaya Ketua-ketua sayap yang sedia ada melalui proses seperti President dan Timbalan MCA (mereka telah melalui 2 kali) untuk membuktikan adakah mereka ini "kebal" atau tidak , ataupun selain dari mereka tiada lagikah pemimpin sayap yang lebih baik dari mereka ini dan satu lagi ianya dapat juga membuktikan berapa peratusan yang menyokong mereka ini...

Sunday, October 18, 2009

Hidup dan Mati ahli politik....

Setiap hari kita disajikan dengan berita pemimpin yang membuat pengumunan dan kesimpulan dari aktiviti harian dan segala keputusan dan perbuatan adalah untuk mendapat perhatian dari rakyat jelata apa yang dikatakan momentom politik sehingga Pilihan raya yang akan datang.
Bermuala dari episo 308 hingga kini kita dapati bahawa berpolitik ada naik turunnya begitu dramatik dan tidak terjadi pada masa lalu.
ADAKAH INI KERANA RAKYAT TELAH PANDAI MEMBUAT ANALISI SENDIRI???
Tidak.....
Ini semua adalah perbuatan si ahli politik itu sendiri. Pada masa lalu kebanyakan masa ahli politik adalah lebih kepada pembangunan dan ekomoni (untuk sendiri atau pun untuk rakyat) dan pembangkang tidak mempunyai point yang bagus untuk menghemtam kerajaan, sehinggalah munculnya pembangkang yang terpencil dari kerajaan dan juga berkepentingan sendiri, maka wujudlah satu golongan yang bukan saja tidak mempedulikan keselamatan negara dan cukup biadap dengan tujuan "saya saja yang hidup orang lain mati tidak apa".
Ramai cerdik pandai dan tidak kurang yang sokong membabi buta telah tampir dan menyuarakan pandang dan pendapat masing masing ., kadang kadang kenyataan palsu juga diperbesarkan untuk mengelirukan raykat.
BN terpaksa membuat penafian demi penafian terhadap kenyataan palsu pembangkang dengan menunjukkan bukti. Keadaan tidak berpihak kepada BN kerana setaip kenyataan PR hanya akan membawah kepada kebinasaan Malaysin dan tidak membina.
Oleh itu, hidup mati ahli politik bukan terletak di tangan rakyat tetapi keputusan keputusan yang diambil akan menentukan arah tuju politik hari ini....

Sunday, October 11, 2009

tahniah.

Kepada rakyat Negeri Sembilan khususnya diucapkan TAHNIAH kerana memilih BN sebagai pembela mereka. BN telah melakukan berbagai pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat dengan ini apa yang saya katakan pada post yang lalu bahawa mesti ada lagi rakyat yang berperihatian dan tahu menerima kasih kepada BN.
Sekarang datang pula suara yang mengidakkan hak rakyat iaitu dengan mengatakan BN membenarkan rasuah selepas kemenangan besar BN di Bagan Pinang. Kenapa suara ini kedengaran tidakkan mereka tahu bahawa setiap kesilapan haruslah diberi peluang untuk menjadi baik. Suara ini dengan lantangnya mengatakan BN masih tidak berubah tetapi dengan kemenangan besar di Bagan Pinang telah menjawab soalan yang tanya.
Rakyat tahu bahawa BN mempunyai satu agenda yang besar yang perlu dilaksanakan iaitu 1Malaysia dan kemenangan ini bolehlah disifatkan sebagai kemenangan rakyat menunjukkan kesedaran yang tinggi bahawa PR tidak dapat membawah apa apa perubahan atau pembangunan tetapi lebih kepada politik syok sendiri kerana masing masing mempunyai agenda parti untuk diutarakan.
Apabila agenda sudah tidak sama maka susahlah PR berkerja sama pada masa kini mahupun masa depan. Yang salah sila perbetulkan yang lalu dijadikan sejarah , jangan dijadikan pertunjuk.

Friday, October 2, 2009

Kesan dari system perumahan baru Kedah.

Kita tahu Kedah dengan bangganya memperkenalkan system perumahan baru 50/50 sebagai menjaga kepentingan rakyat Kedah yang majoritinya orang melayu. Dari tahun lalu sehingga sekarang kerajaan negeri Kedah tidak dapat mengumunkan peratusan pembangunan dalam sektor perumahan negeri itu.

Kebanyakan syarikat perumahan telah berhenti membuat rancangan perumahan di Kedah. Bagi syrikat yang besar mereka mencari pembangunan diluar Kedah tetapi bagi yang kecilan mereka telah bertukar kepada tukang baik pulih sahaja.

Apa akan jadi jika Kedah dengan angkupnya menjahamankan syarikat syarikat perumahan sendiri? Selepas ini jika Kedah akan membuat perumahan maka syrikat dari luar akan dibawah masuk.

Harga rumah akan melambung tinggi seperti di Kelantan KALAU bukan melayu yang beli dan sewa yang tinggi juga kepada yang bukan melayu.

Inilah yang dirancang oleh kerajaan PAS Kedah???

Sunday, September 27, 2009

Kerja Siapa?

Kesan Kampung Buah Pala masih lagi dimainkan dalam media kerana mendapati ianya mempunyai nilai dalam kemelut politik Pulau Pinang. Kenapa masing ada pihak masih menggunakan isu ini sebagai platform untuk mendapatkan sokongan? Tidakkah mereka tahu bahawa rakyat hari ini sudah boleh berfikir dan dapat menganalisa sesuatu isu dengan cara mereka sendiri dan tidak terlalu berharap kepada laporan media.


Setiap kes yang berlaku mesti ada mulanya, seperti di Kampung Buah Pala ianya adalah susulan dari perancangan dari kerajaan yang lepas itu tidak dapat dinafikan. Untuk mengetahuan semua PR dalam Pilihan raya yang lalu telah dengan lantangnya akan membela nasib Penduduk Kpg. Buah Pala jika mereka menang tetapi sebaliknya bukan tidak membela nasib penduduk tetapi menjadikan keadaan semakin teruk.



Apa yang cuba buat olah PR ialah meneruskan segala perancangan Kerajaan BN yang telah dirancangkan kerana PR tahu ke semua yang dirancangkan kerajaan BN adalah untuk kebaikan rakyat. Contoh yang baik ialah Kpg. Buah Pala. Kawasan kampung itu mempunyai nilai komosial yang tinggi dan akan membawa hasil lumayan untuk kerajaan negeri jika ianya dibangunkan. Kerajaan PR sekarang juga telah dapat baca dan faham jika mereka menggunakan kuasa Ketua Menteri untuk menghalang pihak yang akan membangunkan kawasan itu maka dengan ini kerajaan PR akan kehilangan pendapatan beratus juta dan seterusnya beratus ribu dalam setahun atas cukai pintu dan cukai tanah.



Dengan perancangan rapi dari kerajaan BN yang lalu untuk membolehkan pembangunan seterusnya kepada Pulau Pinang, rancang demi rancang telah dikemukakan dan kadang kadang terpaksa menghadapi bantahan dari rakyat (yang berkepentingan) , telah dijadikan senjata oleh PR untuk menang besar dalam PRU yang lepas.



Yang sedihnya, apa yang dijanjikan dalam PRU yang lalu oleh PR tidak ditunaikan tetapi sebaliknya diteruskan juga rancangan BN yang lepas atas nama tidak boleh diubah atau terpaksa dibuat dengan berbagai alasan itu kerja BN jika bermasalah.



PR tahu semua rancangan dari BN baik untuk rakyat tetapi semasa mereka dipihak pembangkang maka semua yang baik jadi tidak baik. Semasa mereka menjadi kerajaan negeri mereka mempunyai kuasa sepernuhnya untuk merancang semula, tetapi mereka tidak buat begini kerana mereka tahu itu adalah untuk kebaikan rakyat juga..



Jadi demi kebaikan masa depan Pulau Pinang , kita berharap kerajaan PR patut merancang arah tuju dan vision kerajaan PR dan bukan buat seperti sekarang meniru atau photo copy terus dari BN, Oleh itu terjadilah yang baik dari BN ditukar tajuk kepada rancang PR dan yang bermasalah dengan rakyat dituju balik kepada BN sungguhpun mempunyai kuasa untuk memperbetulkan.

BN- Barisan Nasional
PR- Pakatan Rakyat
PRU-Pilihan Raya Undi

Friday, September 18, 2009

selamat hari raya puasa,

Dengan hari yang mulia dan suci ini mari kita bersama dengan seluruh rakyat Malaysia menyambuh hari besar ini dengan rasa hormat dan bermaaf maafan semoga tuhan akan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang kurang puas ataupun terlalu puas dengan keadaan Malaysia kini.
selamat hari raya. daripada KEDAHKIDS.