Saturday, April 11, 2009

Barisan Nasional Ke...................

sejarah telah membukti bahawa sesuatu yang baik akan berahkir juga pada satu hari nanti. Jika kali ini ada benarnya, Barisan Nasional akan mendapat nafas baru dari PM baru kita untuk menunjuk ke satu arah yang lebih mudah difahami dan disegani oleh rakyat Malaysia.

Parti Pembangkang pada masa kini mendapat tempat dihati rakyat Malaysia, kerana politik masa kini bagaikan "duri didalam daging" . Demi kepentingan dalam politik kerabat duri ini tidak akan peduli lagi apa yang mungkin berlaku kepada rakyat. Keadaan ekonomi yang menurun kita perlukan komimen yang tinggi untuk menjaga kebajikan rakyat jelata dan begitu juga insitusi keluarga agar semua mendapat muafakat dari kerajaan yang memerintah.

Kerja Pembangkang adalah memastikan ketulasan dan keberkesanan kerajaan pemerintah dalam menghadapi keadaaan semasa dan membantu dengan suara yang lantang dalam kerajaan. Bukannya dengan mengacau-bilau keadaan dimana menyampaikan isu-isu yang tidak benar kepada rakyat untuk tidak percayakan kepada kerajaan pemerintah. Kerja kerja seperti menghebohkan fitnah dan pertunjuk yang tidak betul adalah seperti "mengbaling batu kemudian simpan tangan" .

Negara Malaysia memerlukan satu pasukan pembangkang yang boleh memberi ideal-ideal yang bina bukannya merosakan. Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia, perlulah kita bersama-sama membina satu kefahamaan dalam mempertingkatan taraf hidup rakyat, kestabilan politik sangat diharapkan.

No comments:

Post a Comment