Friday, April 24, 2009

Cakap-Cakap Siapa yang lebih baik

Mana boleh dapatkan informasi yang benar dan betul??? DAN mana boleh dapatkan informasi yang sedap di dengar dan tidak sedap di hati??? Kedahkids telah buat carian dalam MCA, MIC, UMNO, PKR, PAS, DAP dan banyak lagi......

Kesimpulan :-

PR yang lebih up date dan banyak informasi yang pedas (tidak tahu betulkah tidak). Bagi BN pula semuanya lebih kurang di suratkhabar, tenang sahaja tidak menarik dan membosankan. Boleh dikatakan 'hidangan' khabar BN tidak lebih kepada yang baik, membina, berbincang pasal masa depan dan keadaan ekonomi yang nampak tidak berkesan kepada rakyat.

PR pula lebih kepada pejuangan menjual mimpi dan angan-angan yang indah lagi suci lagi bersih (seperti iklan pula) kepada rakyat dimana harapan rakyat sekarang yang telah dalam keperitan selama 3 hingga 4 tahun mengharapkan akan dapat satu nafas yang baru dari suci dan bersih ini.

Dalam banyak banyak blog yang ada nampaknya blog DAP dan PKR lebih berkesan dari blog yang ditulis oleh MCA atau UMNO. kelebihan blog PR adalah mereka ditulis dalam bahasa yang senang difahami dan disertakan dengan gambar gambar semasa. Peratusan yang akan melayari blog boleh mencapai sehingga 15 ribu orang dalam satu hari. kenapa ??? MCA 95% ditulis dalam mandarin, kaum cina hanya 25% penduduk Malaysia dari ini sekurang-kurangnya 8% adalah yang tidak tahu baca mandarin dan 3% tidak belajar jadi adakah yang tinggal ini akan baca apa yang ditulis dalam blog mandarin???

Tidak dinafikan mereka yang melayari blog adalah lebih tertumpu kepada Bahasa Inggeris jadi tidak kira bertapak baik pun blog anda di dalam Mandarin atau Bahasa Malaysia ianya ada had yang tidak dapat dielakkan.

No comments:

Post a Comment