Monday, July 27, 2009

Pandangan Tun Dr. Mahatir

Sebagai penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, di dunia Malaysia telah diletakkan sebagai Negara contoh yang tidak dapat dijumpai dimana mana pun kerana keamanan dan keserjateraan penduduknya.

Melayu, Cina dan India telah bertungkus lumus membina sebuah negara yang sihat dari segala seginya tidak kira dari segi politik ataupun ekonominya, Malaysia adalah patut dicontohi.

Tetapi terkeluar dan lahirnya seorang demi seorang yang "pandai" telah berjaya meretakkan keharmonian yang dibina selama 50 tahun. Contohnya, Anwar Ibrahim- berjaya mengugat BN pada PRU 12 dengan mengurangkan majoriti kurang 2/3 BN. secara tidak langsung ramai pengundi atas pagar memberi sokongan kepada pembangkang kerana cerita cerita / gosip gosip di campur tolak dengan pengalamaan Anwar Ibrahim telah "menyedarkan" rakyat. Ahamd Ismail- telah berjaya mempecahbelahkan BN sendiri kerana kenyataan yang menaikkan saham politiknya. tetapi akhirnya makan diri sendiri.

Pandangan Tun M adalah satu formula yang akan menjadi kenyataan pada masa hadapan. Ini kerana beliau bukan saja menyentuh isu semasa tetapi juga cara cara Kerajaan masa kini perlu beri perhatian sebelum sesuatu yang tidak dapat dibendung berlaku. Selaku pemimpin masa lalu beliau mempunyai pandangan yang kadang kadang jauh lebih kehadapan yang mana perlu masa untuk dibuktikan.

Pernah Tun M mengatakan sudah sampainya masa "tongkat" di tangan Melayu perlu dilepaskan tetapi Tun M dikritik dengan begitu teruk kerana hendak mengubah dasar yang sebagai "tongkat" kepada orang Melayu. Kenyataan Tun M kini adalah untuk rujukan semua termasuk orang Melayu bahawa bukan kerana mahukan undi bukan Melayu, perjuangan untuk perpaduan semua kaum diketepikan. Kita perlu lebih rasional dengan dasar yang sedia ada dan keseimbangan ekonomi dan politik perlu diselaraskan dengan perkembangan masa kini. Tun M bukannya meminta supaya kerajaan jaga orang melayu sahaja tetapi yang kena jaga semua rakyat.

Ketidak puasan terhadap dasar dasar kerajaan telah berjaya dimainkan oleh pihak pembangkang, kesedaran rakyat telah diputar belihkan sehingga Tun M terpaksa berulangkali mengingatkan Kerajaan bahawa bahayanya turut "bermain" dengan isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang.

BN dengan kerjasama parti dari berbagai kaum telah di lihat tidak sesuai lagi untuk berkongsi kuasa memerintah Malaysia, adalahkah ini yang dikehendaki rakyat? Perpaduan adalah ibu kepada semua, oleh itu janganlah kita mengadaikan perpaduan yang telah dibina selama ini dengan isu isu yang dimainkan oleh pembangkang. Rujuk kepada ideal Tun M dan berfikirlah akan apa yang cuba disampaikan olehnya.

No comments:

Post a Comment