Sunday, July 26, 2009

Ikan besar makan ikan kecil.

Kali ini mari kita menyentuh pasal ekonomi pula. Saban hari kita tahu bahawa ikan akan makan ikan tidak kira apa pun jenis ikan itu. Ekonomi juga boleh kita ibaratkan bagai ikan di laut juga. Semasa "perut" ikan besar kenyang, ia juga akan telan apa juga yang berada dihadapannya kerana ikan mempunyai prinsip makan jangan tak makan.
Begitu juga dengan syarikat syarikat yang besar di Malaysia ini, semasa syarikat mereka untung besar mereka akan mengambil tindakan keluar dari pasaran Bursa Saham dan dijadikan sebagai syarikat milih personal, untung tidak akan dikongsi dengan pelabur yang lain.
Apabila syarikat berkenaan menghadapi masalah (mungkin hutang tidak mampu bayar) dengan ini mereka akan minta disenaraikan semula di Bursa Saham dengan ini masalah ini dapat dikongsi bersama pelabur yang lain. Pada situasi untung tidak dikongsi rugi baru dibahagikan. Kita sebagai pelabur patut tidak melayan syarikat seperti ini, begitu juga BSKL tidak patut membahayakan pelabur tempatan.
Sungguhpun syarikat ini mempunyai prestasi yang bagus pada masa lalu, kerajaan patut mengambil kira perasaan pelabur pada masa lalu yang terpaksa menjual balik saham yang dipegang dengan satu nilai yang tidak memuaskan. Kerana ketamakan tuan punya syarikat kepentingan pelabur diabaikan.
Disini ingin kami sekali lagi menyarankan kepada kerajaan dan BSKL tidak melayan permohonan MAXIS untuk kembali senarai dalam BSKL Malaysia. Sungguhpun betapa baiknya syarat keuntungan kepada pelabur kita mesti ingat kepada ketidak-perihatian pengurusan yang menarik keluar dari BSKL semasa syarikatnya dalam untung besar.
Kami percaya kalau MAXIS sudah untung besar ia tidak akan bahagi kepada pelabur, seperti pernah dibuatnya dahulu. Kami juga percaya MAXIS mempunyai masalah baru diumumkan untuk disenaraikan semula.

No comments:

Post a Comment