Thursday, July 9, 2009

PAS nak tolong bina pusat sembelih babi?

Bermula dari menjawab sehingga pembersihan tapak sembelih babi haram di Alor Setar tempoh hari, nampaknya demi untuk mendapatkan undi bukan ISLAM PAS terpaksa membina satu pusat yang berkemungkinan terletak di kawasan hutan simpanan yang mana tidak akan dikunjungi oleh manusia di Kedah.

Ini dapat dibuktikan dengan pertolongan dari jabatan alam sekitar dan juga majlis perbandaran kerana atas sebab alam sekitar dan kesihatan. Pentadbiran PAS dengan jayanya meruntuhkan rumah sembelih babi haram berpusat di Alor Setar tetapi telah menjanakan penubuhan rumah sembelih babi "berlesen" disekitar utara Kedah.

Dengan ini secara tidak langsung sumber makanan protein utama orang cina kedah menjadi satu kesalahan diproses permulaan iaitu penyembelihan babi. Kemudian keadaan kesihatan sekitar utara Kedah akan jadi tidak terkawal seperti rumah pelacur di Kedah.(dimana pelacuran juga satu kesalahan di Kedah tetapi juga ada rumah yang digunakan untuk peniagaan tersebut.)

Memusnahkan "pusat" bermakna menghalalkan operasi "kecil kecilan". Jadi kepada rakyat Kedah satu lagi keadaan yang paling kita takut mungkin akan berlaku di Kedah iaitu sembelih babi mungkin berlaku di kedai kedai di bandar Alor Setar dan juga di kedai kedai di taman perumahan.

Kalau betul keadaan ini terjadi, salah siapa? PAS seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar, sekarang "nyamuk nyamuk" akan berterbang meratah. Oleh itu PAS kena membantu peniaga daging babi ini membina sebuah pusat sembelih babi untuk Kedah utara bagi menyelesaikan masalah cina Kedah.

No comments:

Post a Comment