Sunday, August 2, 2009

Terima Kasih PAS Kedah?

Setelah lebih 17 Bulan memerintah Kedah, sudah banyak perubahan yang telah berjaya di laksanakan dengan begitu jayanya sehingga terdengar suara ada orang tidak akan lagi menyokong parti BN dan parti - parti lain selain daripada PAS.

Pertamanya, berkenaan pembahagian peruntukan untuk ADUN PR yang mana hanya ADUN PAS saja yang diberi keutamaan dan PR yang lain seperti DAP dan PKR , kawasan mereka akan di jaga oleh PAS kawasan mereka, jadi peruntukan akan disalurkan melalui PAS kawasan. Tak percaya tanya ADUN DAP dan PKR.

Kedua, setiap cadangan yang berkaitan dengan pembangunan Kedah tidak kira sama ada untuk rakyat Kedah atau untuk orang Islam, semuanya akan "dimesyuaratkan" dalam PAS dan juga diluluskan dalam PAS, ini yang buat kebanyakan keputusan kerajaan negeri tidak diketahui oleh ADUN atau EXCO PR yang lain terutamanya DAP dan PKR.

ketiga, masalah sosial. Ini adalah akhibat dari pemerintah yang lalu? Puncaknya dimana kuasa pemerintah yang selama 17 bulan ini pergi? dan keempat, kerajaan Kedah telah berjaya melahirkan penyembelihan babi persendirian yang mungkin pada satu hari nanti tidak dapat dikawal. Kenapa begini? Ya, para penjual daging babi tidak mempunyai kawasan yang sesuai untuk mereka menjalankan aktiviti mereka jadi mereka "terpaksa" menjalankan dalam sekala yang lebih kecil dan sesuai dengan hasrat kerajaan negeri yang mana tidak punyai pusat untuk sembelih babi ini.

Dengan dasar yang lebih kepada "syok" sendiri maka PAS patut di memberi perhargaan terima kasih dahulu sebelum ianya dibawah turun dari memerintah Kedah pada masa hadapan. Rakyat mahu melihat sebuah kerajaan yang harmoni seperti selalu diutarakan oleh Islam dan juga agama yang lain dan tidak seperti yang berlaku sekarang.

No comments:

Post a Comment