Saturday, July 18, 2009

Katak oh Katak..!.!.!

Bersoraklah Kaum PR dengan dapatnya "katak" tua bekas Ketua pemimpin cina kedah. APA lagi yang akan diberlaku selepas ini? Janganlah PR lompat tinggi tinggi dan mengatakan itu tak adil ini tak adil. Pasal pemimpin muda dari PR akan resign dan masuk BN pula, sebab pemimpin veteran lebih baik dari pemimpin muda. Jadi PR tidak akan mempunyai tempat untuk pemimpin muda lagi.



Sekarang PR perlukan sokongan moral dari golongan "tua" yang sudah masuk umur pensen untuk menarik lebih golongan warga tua untuk sokong barisan mereka pada PRU yang akan datang setelah mendapat sokongan dari orang muda di PRU yang lepas. Nampaknya BN dibawah berlari sekeliling oleh PR yang mempunyai pemimpin yang pandai bukan saja dalam hal elwah politik tetapi juga "mencuri" hati setiap golongan dengan satu proses yang begitu bersistematik.



Keputusan "katak" tua menjadi aktif kembali mungkin mendapat dorongan dari keadaan politik semasa yang tidak berpihak kepada BN dan "keseronokan" semasa menjadi menteri masih lagi dirindui. Setiap ahli politik tidak kira dari mana asalnya akan "membalas dendam" dalam apa juga keadaan demi kononnya untuk menegak benang yang basah, dengan adanya sedikit penyokong yang setia maka akan berlakulah HARI INI DALAM SEJARAH ataupun mencipta rekod untuk menjayakan dendam mereka.



Kepada "katak" tua ini maka persoalannya adakah dengan cara ini personaliti kita baru boleh ditonjolkan? atau dengan ini nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia yang tua masih boleh dipakai dan minta yang muda jangan masuk berpolitik kerana yang tua masih tidak mahu pensen lagi?



Katak oh katak.....................

No comments:

Post a Comment