Thursday, July 9, 2009

Hujan turun pada petang juga.

Setiap yang berlaku ada kebaikannya, PAS di Kedah telah berjaya lagi. BN tidak mempunyai modal yang banyak di Kedah. PAS dengan pertolongan dari Pegawai Kerajaan Negeri telah berjaya menguatkuasa dan mengubah satu per satu dasar yang "mesra" kepada keadaan Negeri Kedah yang kebanyakan penduduknya orang Melayu dan beragama ISLAM.

BN tidak akan berupaya melawan arus perubahan yang lebih memihak kepada majoriti penduduk. 2 dasar yang telah berlaku (50% kuota Melayu dan runtuh pusat sembelih babi haram) tidak dapat ditangkis oleh BN dengan jelasnya kerana UMNO sebagai ketua dalam BN tidak dapat membuat apa apa kerana kedua dua dasar tersebut adalah kehendak majoriti penduduk.

Komponen BN seperti MCA dan Gerakan bersungguh sungguh membantah perbuatan dasar yang pada kaca mata orang cina Kedah tidak adil pada mereka, tetapi tidak mendapat sokongan yang konkrit dari Ketua BN juga. Keadaan ini tidak memberikan peluang langsung kepada BN untuk berkhidmat kepada rakyat yang menyokong BN ini.

Nampaknya BN kenalah mengeluarkan sesuatu ideal yang bersepadu untuk membolehkan rakyat Kedah mendapat muafakat dan juga kesanggupan BN berkhidmat untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment