Monday, November 9, 2009

Tersasau Pula Pemimpin Lama

Ya! semakin lama semakin tersasau pula pemimpin politik MCA ini. Bermula dari kemelut dalaman MCA sehingga kepada nak minta campur tangan PM. Mana perginya motif dan tujuan pejuangan MCA yang sebenarnya selama ini yang menyuarakan kebajikan masyarakat cina Malaysia.

Pada dunia masa sekarang, semua yang berlaku tidak lagi mempunyai kesimpulan logik "betul" atau "salah" . Tetapi lebih kepada pendirian yang diambil oleh seseorang yang berkaitan. Contohnya seseorang mencuri bukan kerana dia suka dengan perkerjaan ini, tetapi apa yang dikerjakan adalah betul pada pandangan si pencuri ini, sebabnya siapa akan bayar belanja hariannya jika dia tidak mencuri.(pada pencuri ini mungkin satu mata pencarian yang dia tahu) tetapi pada orang yang kena curi tentulah mengatakan perbuatan mencuri ini salah.

Seperti dalam MCA pada masa kini, masing masing tidak mengaku salah dan masih mengharapkan sokongan dari orang ramai dengan pendirian mereka yang boleh diibaratkan meneguh di air yang keruh. Ada yang bising pasal ada orang "cakap tak serupa bikin" dan ada orang pula bising kerana "Bikin tidak serupa cakap".

"Cakap tak serupa bikin" -- boleh kita samakan dengan penceramah yang pandai berceramah tetapi pada kehidupan sebenarnya tidaklah se-elok seperti yang dikatakan...

"Bikin tak serupa cakap" --- ini teruk sedikit, pasal buat satu dan cakap dua.. contohnya buat sokong menyokong , buat sign surat aku janji , buat macam macam tetapi lepas itu cakap tidak sokong , cakap tidak janji dan cakap macam macam kerana nak naik sendiri... INI orang yang kita takut dalam mana mana jua pertubuhan terutamanya politik...

Semakin lama menjadi pemimpin tertinggi dalam sesuatu pertubuhan, perselisihan faham sedikit sebanyak akan berlalu juga. Berharaplah kepada pemimpin yang sedia berkhidmat ini janganlah kerana nak syokkan diri sendiri PARTI di gadai...........

No comments:

Post a Comment