Thursday, November 5, 2009

Episod Baru MCA.

Dengan ini maka tamatlah satu episod yang membuat hati para rakyat kaum cina berdebar selama lebih satu bulan dimana dari kes Timbalan President MCA dipecat sehingga ROS mengakui berdasarkan Peraturan dan Undang-undang yang diperuntukan sebagai Timbalan yang sah.

Keputusan Pemimpin-pemimpin tertinggi MCA untuk bergabung semula dan bersatu adalah sesuatu yang telah lama yang diinginkan oleh masyarakat cina di Malaysia ini. Selepas dari pemilihan parti tahun lalu, ramai masyarakat cina mengharapkan dengan adanya gabungan pemimpin veteran dan muda akan membawah Parti MCA menuju ke satu erah yang lebih tinggi dan berpengaruh selepas tsumani politik 308.

Pada masa itu, harapkan hujan, hujan tidak turun... boleh dikatakan begitu. President MCA(mungkin tersalah menerima nasihat) dengan megahnya telah melaku kejutan demi kejutan seperti seorang diktator( ataupun maharaja negeri China pada masa dahulu) mencantas sekali gus pemimpin-pemimpin veteran dan diisikan dengan pemimpin-pemimpin muda (sehingga ada yang tidak tahu buat kerja dengan betul) kononnya untuk membagi peluang kepada pemimpin muda. Segala masalah terjadi, adalah semata-mata kerana ingin generasi muda lebih berkecimpung dalam arus politik Malaysia.

Harapkan cuaca baik sepanjang hari, mana tahu hujan di sebelah petang. Ini ada episod yang baru bagi MCA. Kumpulan ketiga ini, kita samakan ia dalam cerita dongeng "Siput dengan bangau bergaduh, nelayan dapat hasil". Sungguh tidak disangka dengan jerat yang dipasang begitu teliti dan sempurna sehingga satu Malaysia terutamanya masyarakat cina, mengikut rentak yang telah diatur untuk menjahamankan President MCA dan Timbalannya dengan penperlagakan kedua-dua pemimpin ini dan kemudian memaksa President MCA letak jawatan.

Kehalusan kerja-kerja jerat mereka akhirnya makan diri, sebab utamanya, mereka ini tidak mempunyai kesabaran yang tinggi sehingga ada kesan menampakkan kegopolan mereka iaitu secara terang meminta supaya kekosongan kerusi seperti yang pernah dijanjikan oleh President MCA (setelah ditipu oleh kumpulan ketiga berbuat demikian sebelum EGM1010) secepat mungkin.

Ketua-ketua sayap MCA juga buat hal, Parti MCA akan kuat dan berpengaruh jika sayap-sayap ini selalu mempunyai arah tuju, semangat berjuang dan salin berhormat sesama terhadap pemimpin pemimpin. Pada kali ini, ramai yang kurang faham kenapa sayap-sayap MCA tidak sehaluan dengan President MCA? Tetapi satu faktor yang perlu diambil kira adakah sayap-sayap ini juga termasuk dalam kumpulan ketiga ini???

Sebelum EGM 1010 sayap-sayap MCA "cakap" sokong tetapi "sokong cakap" adalah. Sehingga saat-saat akhir sebelum EGM1010 sayap-sayap ini masih "kuat" sokong dengan mengada seksi tandatangan sokong President MCA, hairan bin ajaib kenapa ketua sayap-sayap ini dengan lantangnya meminta supaya President MCA letak jawatan selepas EGM1010?. Tidakkah mereka merasa berbuat demikian akan buat mereka dilihat seperti anak kecil minta gula.

Kedua-dua sayap MCA ini, mungkin Ketua-ketua nya pada pemilihan MCA yang lalu tidak melalui proses pertandingan seperti President dan Timbalan MCA. Ini kerana selain dari mereka berdua ini tidak ada pemimpin yang lain berkelayakan untuk Ketua Sayap ini. Jadi mereka boleh dianggap "kebal" sedikit jika dibandingkan dengan President dan Timbalan MCA, kerana mereka mendapat sokong 100% dari sayap yang diwakili.

Oleh itu, kepada pada perwakilan dan pemimpin sayap MCA buatlah sesuatu supaya Ketua-ketua sayap yang sedia ada melalui proses seperti President dan Timbalan MCA (mereka telah melalui 2 kali) untuk membuktikan adakah mereka ini "kebal" atau tidak , ataupun selain dari mereka tiada lagikah pemimpin sayap yang lebih baik dari mereka ini dan satu lagi ianya dapat juga membuktikan berapa peratusan yang menyokong mereka ini...

No comments:

Post a Comment