Sunday, September 27, 2009

Kerja Siapa?

Kesan Kampung Buah Pala masih lagi dimainkan dalam media kerana mendapati ianya mempunyai nilai dalam kemelut politik Pulau Pinang. Kenapa masing ada pihak masih menggunakan isu ini sebagai platform untuk mendapatkan sokongan? Tidakkah mereka tahu bahawa rakyat hari ini sudah boleh berfikir dan dapat menganalisa sesuatu isu dengan cara mereka sendiri dan tidak terlalu berharap kepada laporan media.


Setiap kes yang berlaku mesti ada mulanya, seperti di Kampung Buah Pala ianya adalah susulan dari perancangan dari kerajaan yang lepas itu tidak dapat dinafikan. Untuk mengetahuan semua PR dalam Pilihan raya yang lalu telah dengan lantangnya akan membela nasib Penduduk Kpg. Buah Pala jika mereka menang tetapi sebaliknya bukan tidak membela nasib penduduk tetapi menjadikan keadaan semakin teruk.



Apa yang cuba buat olah PR ialah meneruskan segala perancangan Kerajaan BN yang telah dirancangkan kerana PR tahu ke semua yang dirancangkan kerajaan BN adalah untuk kebaikan rakyat. Contoh yang baik ialah Kpg. Buah Pala. Kawasan kampung itu mempunyai nilai komosial yang tinggi dan akan membawa hasil lumayan untuk kerajaan negeri jika ianya dibangunkan. Kerajaan PR sekarang juga telah dapat baca dan faham jika mereka menggunakan kuasa Ketua Menteri untuk menghalang pihak yang akan membangunkan kawasan itu maka dengan ini kerajaan PR akan kehilangan pendapatan beratus juta dan seterusnya beratus ribu dalam setahun atas cukai pintu dan cukai tanah.



Dengan perancangan rapi dari kerajaan BN yang lalu untuk membolehkan pembangunan seterusnya kepada Pulau Pinang, rancang demi rancang telah dikemukakan dan kadang kadang terpaksa menghadapi bantahan dari rakyat (yang berkepentingan) , telah dijadikan senjata oleh PR untuk menang besar dalam PRU yang lepas.



Yang sedihnya, apa yang dijanjikan dalam PRU yang lalu oleh PR tidak ditunaikan tetapi sebaliknya diteruskan juga rancangan BN yang lepas atas nama tidak boleh diubah atau terpaksa dibuat dengan berbagai alasan itu kerja BN jika bermasalah.



PR tahu semua rancangan dari BN baik untuk rakyat tetapi semasa mereka dipihak pembangkang maka semua yang baik jadi tidak baik. Semasa mereka menjadi kerajaan negeri mereka mempunyai kuasa sepernuhnya untuk merancang semula, tetapi mereka tidak buat begini kerana mereka tahu itu adalah untuk kebaikan rakyat juga..



Jadi demi kebaikan masa depan Pulau Pinang , kita berharap kerajaan PR patut merancang arah tuju dan vision kerajaan PR dan bukan buat seperti sekarang meniru atau photo copy terus dari BN, Oleh itu terjadilah yang baik dari BN ditukar tajuk kepada rancang PR dan yang bermasalah dengan rakyat dituju balik kepada BN sungguhpun mempunyai kuasa untuk memperbetulkan.

BN- Barisan Nasional
PR- Pakatan Rakyat
PRU-Pilihan Raya Undi

No comments:

Post a Comment