Wednesday, August 26, 2009

ahkirnya dapat juga tambah seorang EXCO cina.

Kerajaan PR di Kedah dengan besar hatinya memberi EXCO kepada cina (PKR) setelah wakil ADUN dari bahagian selatan Kedah setelah ADUN Lunas keluar dari parti PKR.

Keadaan ini membayangkan bahawa PR Kedah adalah berperihatin kepada rakyat di selatan Kedah. Rakyat di sana patut berterima kasih kepada MB Kedah kerana tindakan cepat dan tepat beliau. persoalannya?

kenapa PKR tidak melantik Adun Serdang tetapi pilih ADUN Kulim? Kalau mengikut pengalaman ADUN Serdang lebih berpengalaman dari pada ADUN Kulim dan juga dari segi jawatan di dalam PKR ADUN Serdang lebih tinggi daripada ADUN Kulim.

Pelantikan EXCO ini menampakan bahawa ADUN Serdang semenangnya tidak disenangi oleh MB Kedah. Ini kerana terdapat sedikit salah faham antara MB dengan ADUN Serdang. Kalau dilihat dari segi kerja dan keberanian menegah kebenaran ADUN Serdang adalah satu satunya ADUN yang selalu memberi pandangan dan tegoran kepada kerajaan Kedah, kalaulah ADUN Serdang ini diberi Jawatan EXCO kerajaan negeri maka makin bertuahlah rakyat di selatan Kedah ini.

Tetapi kita melihat bahawa MB lebih selesa dengan pelantikan EXCO yang kurang berpengalaman dan juga tidak berapa aktivif untuk jawatan penting ini. semoga rakyat di selatan Kedah tidak kecil hati dengan pelantikan EXCO yang kurang "buat hal" sedikit daripada yang berpengalaman.

No comments:

Post a Comment