Wednesday, August 12, 2009

pantas masa berlalu

Setelah PAS mengambil alih kerajaan Kedah, ramai berharap akan dapat satu perubahan yang besar akan berlaku dalam pentadbiran dan juga pengurusan kerajaan negeri. Tetapi ianya hanya seperti harapkan hujan turun selepas mendengar gerun di bukit.
Kedah mempunyai masa depan yang cerah kerana mempunyai landskap yang sesuai untuk beberapa projek yang bertaraf dunia seperti pembinaan hub system pelapis minyak dan hib perniagaan dari Asia Barat dimana pada satu masa dahulu Kedah pernah didatangi oleh perdagangan dari negeri negeri tersebut.
Kawasan rata yang luas menjadikan Kedah sebagai Jelapang Padi sejak dulu lagi. Sebab dengan terlalu banyak kebaikan maka Kedah mempunyai potensi yang baik untuk menjadi negeri maju pada masa yang terdekat. Taraf kehidupan rakyat akan dinaikkan setelah satu per satu rancangan dan projek dapat dilaksanakan dengan teratur, tetapi PAS telah melambatkan proses kemajuan Kedah.

No comments:

Post a Comment