Friday, September 11, 2009

kesihatan dan kewangan

Siapa boleh beritahu kesihatan atau kewangan yang mana lebih penting dalam hidup kita? Hari ini kita tahu bahawa kejatuhan ekonomi dunia telah secara langsung telah menyebabkan kesusahan kepada kebanyakan masyarakat kita. Khususnya para pekerja swasta yang mana puncak pendapatan tidak dapat menampung kenaikan kadar inflasi yang tinggi.

Bak kata pepatah " JATUH DITIMPA TANGGA" kemerosotan ekonomi belum pun ada petunjuk akan naik semula datang pun dengan penyakit yang senang berjangkit dan membunuh pula. Kalau dibuat pertelitian bahawa Kewangan dan Kesihatan adalah adik beradik kembar yang tidak dapat dipisahkan.

Kita tidak dapat menjaga kesihatan dengan baik jika masalah kewangan kita tidak membenarkan begitu juga kalau kita tidak sihat maka hendak mencari sumber pendapatan juga terhad. Jadi kalau Malaysia sedang menuju kearah negara maju bererti kita perlu sihat dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, barulah kita boleh menuju kehadapan.

Buat masa sekarang kemajuan Malaysia yang sebenarnya berada di landasan yang betul untuk menjadi neraga maju sejak dari tahun 90 an telah terkeluar dari arah tujunya.

Persekitaran ekonomi dan tahap kesihatan rakyat sekarang telah disekalakan mengudur sekurang-kurangnya 15 tahun ke belakang. Iaitu berbalik kepada tahap permulaan Malaysia kita hendak menuju ke arah negara maju. Kesihatan politik Malaysia juga tergugat dengan adanya berbagai penyakit yang boleh kita senaraikan. Contohnya pada pilihan raya 8/3/08 kita ibaratkan seperti kena penyakit influsa A H1N1, kerana ia datang dengan tidak diduga dan juga kecuaian pihak tertentu tidak dapat mengawal keadaan. Tetapi mana tahu H1N1 datang tanpa dijemput dan juga musnah system pengawalan kesihatan kita sehingga ada yang "meninggal politik".

Tidak habis lagi penyakit H1N1 datang pula penyakit hilang upaya berfikir oleh Parti Parti politik Malaysia bermula dari DAP membiak kepada PKR kemudian terkena MCA. Tetapi yang teruk ialah MCA, yang mana orang No. 1 bermain seperti budak budak saya tidak suka saya buang dan tak nak berkawan. No. 2 pula you tak suka lu punya pasal, orang lain suka. pening lalat para ahli MCA dibuat oleh No. 1 dan No.2...

Untuk menjadi sebuah negara yang maju Malaysia perlu ambil masa untuk mencari satu lagi kekuatan iaitu Kesihatan (minda dan badan) rakyatnya dan Kewangan (ekonomi dan kestabilan politik) yang kukuh untuk sekali lagi cuba ke arah negara maju.

1 comment:

  1. Kembali ke alam semulajadi // back to nature
    Dengan mengamalkan makanan sihat dari alami (nature) akan memberikan kita kesihatan. Allah SWT telah menyediakan kita dengan pelbagai penawar alami (natural remedies) yang jauh lebih baik daripada ubat dadah (yang banyak kesan sampingan).
    http://penawaralami.wordpress.com

    ReplyDelete