Monday, June 1, 2009

MCA Hari ini

Masa telah berlalu, tetapi masih banyak perkara sedang dalam kemelut yang tidak berhabisan. Dari Pilihan Raya Kecil kepada masalah grobal yang besar. Kebanyakan adalah dari kesilapan demi kesilapan Barisan Nasional yang ditampilkan oleh Pakatan Rakyat kepada rakyat jelata.

Demi masa depan Malaysia yang disayangi adakah kita akan terus dengan "permainan politik" yang begitu agresif ini?. MCA dari dulu hingga kini tidak pernah sunyi dari berbagai masalah dalaman dan luarannya. Ianya tidak seperti UMNO yang mana pernah menikmati zaman germilang dan zaman "kejatuhan" dimana UMNO pernah diharamkan.

Kali ini MCA menghadapi masalah dari luar dan dari dalam. Kenapa ini berlaku? Tidakkah MCA tidak tahu "bahaya" bermain dengan "api"? Status kewibawaan President MCA diduga dalam menghadapi tekanan yang serius dan hanya masa yang dapat tentukan bilakah "api" ini akan memakan MCA saja. Kekuatan MCA tidak terletak kepada sokongan orang cina Malaysia saja tetapi juga dari seluruh masyarakat Malaysia, hakikat ini tidak dipersetujui oleh sebilangan pemimpin akar ubi tempatan MCA. Kita tahu kalau untuk terus mempunyai pengaruh dalam politik di Malaysia MCA seharusnya tidak kedekut dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat, akan tetapi keupayaan MCA adalah terhad. Kenapa ini berlaku?

Contohnya, cuba lihat kepada bidang pendidikan yang mana MCA setiap tahun tidak akan habis dengan masalah pelajar cina yang mempunyai keputusan pemeriksaan yang baik tidak diterima oleh JPA dan baru baru ini dengan satu ayat "kesilapan teknikal" makna MCA terpaksa menghadapi masyarakat cina dengan berbagai tohmahan yang tidak sedap didengar.
Adakah MCA patut disalahkan dalam proses "kesilapan teknikal" ini? Adakah MCA adalah satu badan yang diwujud khas untuk kaum cina untuk melepas geram semasa Kerajaan Barisan Nasional tidak berlaku adil kepada kaum cina?

Persoalan seperti diatas adalah dilemah MCA selama ini di mana para pemimpin tempatan ataupun menteri MCA terpaksa hadapi dengan sabar dan melayan dengan tidak pernah kesal bahawa persoalan ini adalah tanggungjawab Kerajaan yang Memerintah.

DAP + PKR + PAS tidak akan menghadapi persoalan seperti ini kerana mereka tidak berpengalaman ataupun mereka belum lagi "diberikan" tugas ini oleh rakyat yang memilik mereka.

No comments:

Post a Comment