Sunday, June 21, 2009

siapa yang betul?

Politik Malaysia hari ini menjadi semakin lancar dan berwarna warni. Formula formula yang lalu nampaknya tidak akan bertahan lama dalam perkembangan terkini. PKR + PAS + DAP sudah nampak keretahan tetapi masih dinafikan oleh "pemandu" mereka. Pelekat yang digunakan oleh formula ini adalah "nak jatuhkan kerajaan BN". Sesudah jatuhnya BN apakah yang akan terjadi kepada politik Malaysia seterusnya????.

Pada formula UMNO + MCA +MIC+ Lain nampaknya pun sudah wujud tidak persefahaman yang seperti masa lalu. UMNO mempunyai agenda yang sangat susah difahami oleh sekutunya terutamanya MCA. Sebab itu ada urah urah katakan MCA akan keluar dari BN!. UMNO seperti dulunya akan membuat sebarang keputusan adalah untuk kebaikan semua dan MCA adalah askarnya yang akan bertempur demi untuk meneguhkan perlaksanaan cadangan BN ini.

Dimasa UMNO dan PAS tengah panas berbincang masa depan Malaysia kenapa MCA sahaja yang bising berkenaan perbincangan ini? PKR dan MIC tidak ada pandangan langsung mungkin kerana perjuangan parti tersebut berlainan, dimana PKR berjuang untuk membolehkan Pemimpin mereka jadi PM dan MIC berjuang untuk membolehkan Pesident mereka duduk dalam Kabinet.

Rakyat tahu dari hari 308 hingga hari ini setiap parti politik tidak kira dari formula apa pun masing masing berusaha untuk mendapatkan sokong rakyat dan ini tidak dapat dinafikan kerana mencari kelemahan pihak lawan diberi tumpuan utama daripada menbaiki keadaan semasa. Bagi perjawat awam pula ini adalah masa yang paling baik untuk membalas dendam dari apa yang mereka pernah alami iaitu dibawah pengawasan kerajaan pemerintah. Golongan ini adalah golongan yang memerintah Malaysia pada masa kini.

Selagi kerajaan memerintah tidak mendapat majoriti 2/3, maka akan wujudnya golongan ketiga dimana dasar kerajaan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana kewujudan pentadsiran dasar yang mengikut pegawai yang menguatkuasakan dasar tersebut.

Justeru itu, siapa yang berkuasa dialah yang betul??????

No comments:

Post a Comment