Monday, July 27, 2009

Pandangan Tun Dr. Mahatir

Sebagai penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, di dunia Malaysia telah diletakkan sebagai Negara contoh yang tidak dapat dijumpai dimana mana pun kerana keamanan dan keserjateraan penduduknya.

Melayu, Cina dan India telah bertungkus lumus membina sebuah negara yang sihat dari segala seginya tidak kira dari segi politik ataupun ekonominya, Malaysia adalah patut dicontohi.

Tetapi terkeluar dan lahirnya seorang demi seorang yang "pandai" telah berjaya meretakkan keharmonian yang dibina selama 50 tahun. Contohnya, Anwar Ibrahim- berjaya mengugat BN pada PRU 12 dengan mengurangkan majoriti kurang 2/3 BN. secara tidak langsung ramai pengundi atas pagar memberi sokongan kepada pembangkang kerana cerita cerita / gosip gosip di campur tolak dengan pengalamaan Anwar Ibrahim telah "menyedarkan" rakyat. Ahamd Ismail- telah berjaya mempecahbelahkan BN sendiri kerana kenyataan yang menaikkan saham politiknya. tetapi akhirnya makan diri sendiri.

Pandangan Tun M adalah satu formula yang akan menjadi kenyataan pada masa hadapan. Ini kerana beliau bukan saja menyentuh isu semasa tetapi juga cara cara Kerajaan masa kini perlu beri perhatian sebelum sesuatu yang tidak dapat dibendung berlaku. Selaku pemimpin masa lalu beliau mempunyai pandangan yang kadang kadang jauh lebih kehadapan yang mana perlu masa untuk dibuktikan.

Pernah Tun M mengatakan sudah sampainya masa "tongkat" di tangan Melayu perlu dilepaskan tetapi Tun M dikritik dengan begitu teruk kerana hendak mengubah dasar yang sebagai "tongkat" kepada orang Melayu. Kenyataan Tun M kini adalah untuk rujukan semua termasuk orang Melayu bahawa bukan kerana mahukan undi bukan Melayu, perjuangan untuk perpaduan semua kaum diketepikan. Kita perlu lebih rasional dengan dasar yang sedia ada dan keseimbangan ekonomi dan politik perlu diselaraskan dengan perkembangan masa kini. Tun M bukannya meminta supaya kerajaan jaga orang melayu sahaja tetapi yang kena jaga semua rakyat.

Ketidak puasan terhadap dasar dasar kerajaan telah berjaya dimainkan oleh pihak pembangkang, kesedaran rakyat telah diputar belihkan sehingga Tun M terpaksa berulangkali mengingatkan Kerajaan bahawa bahayanya turut "bermain" dengan isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang.

BN dengan kerjasama parti dari berbagai kaum telah di lihat tidak sesuai lagi untuk berkongsi kuasa memerintah Malaysia, adalahkah ini yang dikehendaki rakyat? Perpaduan adalah ibu kepada semua, oleh itu janganlah kita mengadaikan perpaduan yang telah dibina selama ini dengan isu isu yang dimainkan oleh pembangkang. Rujuk kepada ideal Tun M dan berfikirlah akan apa yang cuba disampaikan olehnya.

Sunday, July 26, 2009

Ayam, Lembu dan ..............

Politik Malaysia sudah sampai kepada satu lagi kemuncaknya iaitu memperlawa binatang ternakan sebagai VIP dan mempersembahan kepada rakyat betapa tidak-berkesanan pemerintah pada masa kini.

Cara ini nampaknya baru dan berhasil tetapi duit dan tenaga rakyat juga yang akan terbuang dengan untung yang hanya kepada satu pihak dan bukan secara amnya. Kenapa ini boleh terjadi???

Siapa yang patut bertanggungjawab ke atas berlakunya perkara ini??

1. Melepas lembu di jalan (Pulau Pinang) lembu dijadikan VIP kerana ingin menarik perhatian KM Pulau Pinang berkenaan Kampung Buah Pala.

2. Anak ayam dilepaskan (Johor) kerana tidak puas hati tidak dilayan oleh pihak Kememterian berkenaan subsidi ternakan ayam.

Tidak akan tahulah apa yang akan "mereka" jemput untuk esok bila hendak mengadakan perhimpunan rakyat?

Ikan besar makan ikan kecil.

Kali ini mari kita menyentuh pasal ekonomi pula. Saban hari kita tahu bahawa ikan akan makan ikan tidak kira apa pun jenis ikan itu. Ekonomi juga boleh kita ibaratkan bagai ikan di laut juga. Semasa "perut" ikan besar kenyang, ia juga akan telan apa juga yang berada dihadapannya kerana ikan mempunyai prinsip makan jangan tak makan.
Begitu juga dengan syarikat syarikat yang besar di Malaysia ini, semasa syarikat mereka untung besar mereka akan mengambil tindakan keluar dari pasaran Bursa Saham dan dijadikan sebagai syarikat milih personal, untung tidak akan dikongsi dengan pelabur yang lain.
Apabila syarikat berkenaan menghadapi masalah (mungkin hutang tidak mampu bayar) dengan ini mereka akan minta disenaraikan semula di Bursa Saham dengan ini masalah ini dapat dikongsi bersama pelabur yang lain. Pada situasi untung tidak dikongsi rugi baru dibahagikan. Kita sebagai pelabur patut tidak melayan syarikat seperti ini, begitu juga BSKL tidak patut membahayakan pelabur tempatan.
Sungguhpun syarikat ini mempunyai prestasi yang bagus pada masa lalu, kerajaan patut mengambil kira perasaan pelabur pada masa lalu yang terpaksa menjual balik saham yang dipegang dengan satu nilai yang tidak memuaskan. Kerana ketamakan tuan punya syarikat kepentingan pelabur diabaikan.
Disini ingin kami sekali lagi menyarankan kepada kerajaan dan BSKL tidak melayan permohonan MAXIS untuk kembali senarai dalam BSKL Malaysia. Sungguhpun betapa baiknya syarat keuntungan kepada pelabur kita mesti ingat kepada ketidak-perihatian pengurusan yang menarik keluar dari BSKL semasa syarikatnya dalam untung besar.
Kami percaya kalau MAXIS sudah untung besar ia tidak akan bahagi kepada pelabur, seperti pernah dibuatnya dahulu. Kami juga percaya MAXIS mempunyai masalah baru diumumkan untuk disenaraikan semula.

Saturday, July 18, 2009

Katak oh Katak..!.!.!

Bersoraklah Kaum PR dengan dapatnya "katak" tua bekas Ketua pemimpin cina kedah. APA lagi yang akan diberlaku selepas ini? Janganlah PR lompat tinggi tinggi dan mengatakan itu tak adil ini tak adil. Pasal pemimpin muda dari PR akan resign dan masuk BN pula, sebab pemimpin veteran lebih baik dari pemimpin muda. Jadi PR tidak akan mempunyai tempat untuk pemimpin muda lagi.



Sekarang PR perlukan sokongan moral dari golongan "tua" yang sudah masuk umur pensen untuk menarik lebih golongan warga tua untuk sokong barisan mereka pada PRU yang akan datang setelah mendapat sokongan dari orang muda di PRU yang lepas. Nampaknya BN dibawah berlari sekeliling oleh PR yang mempunyai pemimpin yang pandai bukan saja dalam hal elwah politik tetapi juga "mencuri" hati setiap golongan dengan satu proses yang begitu bersistematik.



Keputusan "katak" tua menjadi aktif kembali mungkin mendapat dorongan dari keadaan politik semasa yang tidak berpihak kepada BN dan "keseronokan" semasa menjadi menteri masih lagi dirindui. Setiap ahli politik tidak kira dari mana asalnya akan "membalas dendam" dalam apa juga keadaan demi kononnya untuk menegak benang yang basah, dengan adanya sedikit penyokong yang setia maka akan berlakulah HARI INI DALAM SEJARAH ataupun mencipta rekod untuk menjayakan dendam mereka.



Kepada "katak" tua ini maka persoalannya adakah dengan cara ini personaliti kita baru boleh ditonjolkan? atau dengan ini nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia yang tua masih boleh dipakai dan minta yang muda jangan masuk berpolitik kerana yang tua masih tidak mahu pensen lagi?



Katak oh katak.....................

Thursday, July 9, 2009

Hujan turun pada petang juga.

Setiap yang berlaku ada kebaikannya, PAS di Kedah telah berjaya lagi. BN tidak mempunyai modal yang banyak di Kedah. PAS dengan pertolongan dari Pegawai Kerajaan Negeri telah berjaya menguatkuasa dan mengubah satu per satu dasar yang "mesra" kepada keadaan Negeri Kedah yang kebanyakan penduduknya orang Melayu dan beragama ISLAM.

BN tidak akan berupaya melawan arus perubahan yang lebih memihak kepada majoriti penduduk. 2 dasar yang telah berlaku (50% kuota Melayu dan runtuh pusat sembelih babi haram) tidak dapat ditangkis oleh BN dengan jelasnya kerana UMNO sebagai ketua dalam BN tidak dapat membuat apa apa kerana kedua dua dasar tersebut adalah kehendak majoriti penduduk.

Komponen BN seperti MCA dan Gerakan bersungguh sungguh membantah perbuatan dasar yang pada kaca mata orang cina Kedah tidak adil pada mereka, tetapi tidak mendapat sokongan yang konkrit dari Ketua BN juga. Keadaan ini tidak memberikan peluang langsung kepada BN untuk berkhidmat kepada rakyat yang menyokong BN ini.

Nampaknya BN kenalah mengeluarkan sesuatu ideal yang bersepadu untuk membolehkan rakyat Kedah mendapat muafakat dan juga kesanggupan BN berkhidmat untuk rakyat.

PAS nak tolong bina pusat sembelih babi?

Bermula dari menjawab sehingga pembersihan tapak sembelih babi haram di Alor Setar tempoh hari, nampaknya demi untuk mendapatkan undi bukan ISLAM PAS terpaksa membina satu pusat yang berkemungkinan terletak di kawasan hutan simpanan yang mana tidak akan dikunjungi oleh manusia di Kedah.

Ini dapat dibuktikan dengan pertolongan dari jabatan alam sekitar dan juga majlis perbandaran kerana atas sebab alam sekitar dan kesihatan. Pentadbiran PAS dengan jayanya meruntuhkan rumah sembelih babi haram berpusat di Alor Setar tetapi telah menjanakan penubuhan rumah sembelih babi "berlesen" disekitar utara Kedah.

Dengan ini secara tidak langsung sumber makanan protein utama orang cina kedah menjadi satu kesalahan diproses permulaan iaitu penyembelihan babi. Kemudian keadaan kesihatan sekitar utara Kedah akan jadi tidak terkawal seperti rumah pelacur di Kedah.(dimana pelacuran juga satu kesalahan di Kedah tetapi juga ada rumah yang digunakan untuk peniagaan tersebut.)

Memusnahkan "pusat" bermakna menghalalkan operasi "kecil kecilan". Jadi kepada rakyat Kedah satu lagi keadaan yang paling kita takut mungkin akan berlaku di Kedah iaitu sembelih babi mungkin berlaku di kedai kedai di bandar Alor Setar dan juga di kedai kedai di taman perumahan.

Kalau betul keadaan ini terjadi, salah siapa? PAS seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar, sekarang "nyamuk nyamuk" akan berterbang meratah. Oleh itu PAS kena membantu peniaga daging babi ini membina sebuah pusat sembelih babi untuk Kedah utara bagi menyelesaikan masalah cina Kedah.

Wednesday, July 8, 2009

babi oh babi!

Teruknya cina ini, tak makan babi tak bolehkah?

Apa cina boleh buat sama PAS?

PAS dengan ini telah menang besar di Kedah, kenapa tidak? Mulai dengan kes meruntuhkan PUSAT SEMBILEH BABI HARAM di Alor Setar baru baru ini, kes ini adalah yang kedua dimana PAS tunjukkan POWERnya. Pertama ialah laksanakan hak rezab orang melayu 50% bagi perumahan baru dan sekarang makanan pun PAS haramkan ikut ISLAM.

Kata Kelantan betapa baik, nak ini semakin menjadi jadi POWER PAS ditujukan kepada yang bukan beragama ISLAM. PAS sebenarnya dalam "test market" tengok tengok adakah orang akan sokong PAS selepas ini? Begitu juga hak 50% orang melayu telah berjaya dalam ujian pertamanya kerana cina di Kedah tidak takut kehilangan hak sasama antara rakyat Kedah dan kali ini mungkin cina Kedah juga tak kesal makan babi mahal dari Pulau Pinang!

Dengan 2 POWER yangditunjukkan oleh PAS ini cina Kedah masih boleh bagi sokong kepada PAS. Sebabnya :-

1. Cina Kedah sayangkan duit yang telah "diterima" oleh pemimpin yang lepas (atas sebab kepandaian ketua ketua PKR menghuraikan dengan panjang lebar cerita dulu dalam sejarah yang jarang diguna pakai tetapi diterima cina Kedah).

2. Cina Kedah sayangkan duit dalam tangan (cash in hand) daripada mempunyai harta tetap dari negeri yang mereka duduki. Sebab itu cina PKR pakat dengan PAS 50% untuk Melayu sangat patut (kata cina PKR + cina DAP pada suatu ketika dahulu).

3. Pemuda cina Kedah macam di Kelantan juga, kerja dirantau orang bila boss dia orang marah pemuda ini akan pulang dan lepaskan geram kepada MCA + GERAKAN kedah dan juga kepada BN.

4. Cina Kedah tidak begitu ambil berat berkenaan masa depan mereka kerana kebanyakan bercadang tidak akan duduk lama lama di sini. Jadi masa depan tidak lagi penting bagi mereka.

5. Cina Kedah macam cina yang lain di Malaysia dimana mereka senang cari makan mereka akan berpindah ke situ. Jadi tidaklah menjadi masalah bagi mereka terus sayangkan duit lebih daripada harta benda.

Disini cina Kedah tidak semuanya berpendapat sedemikian bahkan ramai juga yang begitu agresif menentang POWER PAS ini, kerana mereka duduk di negeri Kedah dan sudah menganggap Kedah adalah tanah air mereka dan mereka ini sangat cintakan kedah ini. Tetapi keiklasan mereka telah disabotaj oleh cina PKR + DAP yang kononnya boleh bela nasib mereka tetapi sebenarnya telah menjual masa depan dan agama yang dianuti oleh orang tua
cina Kedah kepada PAS secara halus dan bersistem.

Secara tegasnya , POWER PAS telah berleluasa,cina Kedah payah dapatkan apa yang telah "hilang" dari hartanah kepada makanan, beragama bebas akan dimansuhkan satu hari nanti ataupun dipusatkan seperti di Kelantan.