Friday, May 22, 2009

Syabas BN..

Para ADUN PR di utara mulai sibuk kerana "Perang" Penanti akan bermula. Kali ini nampaknya pihak BN bersungguh sungguh tidak mahu turut bertanding. BN tidak bertanding sebenarnya ada kelebihannya dalam pilihan raya kecil ini.
1. para menteri tidak paya turun padang untuk merayu undi, jadi mempunyai masa untuk kerja kerja yang lebih penting di kementerian masing masing.
2. rakyat tidak perlu lagi sangsi akan janji janji yang mungkin dibuat oleh pemimpin BN semasa pilihan raya kecil, kerana ditadsirkan oleh segelintir rakyat duit yang dijanjikan untuk pembangunan sebagai "gula gula" atau umpan undi BN.
3. tumpuan kepada kawasan yang lebih penting dapat diberi perhatian tanpa "pengubahan" masa dan budget, kerana setiap pembangunan sepatutnya mesti diberi perancangan yang rapi sebelum diberi kelulusan.
4. sebenarnya, setiap DUN mempunyai masalahnya tersendiri, ini tidak terkecuali Penanti ini. Kelebihan BN kali ini ialah punyai masa yang lebih panjang untuk merancang sebelum PRU 13 dan bukannya May 31 ini.
5. rakyat masih dalam "kehangatan politik" yang tidak menentu dan tidak berupaya membuat pemilihan yang rasional jadi adalah baiknya BN tidak dalam proses merebut apa yang telah rakyat pilihkan pada PRU 12 yang lalu.
6. bagi penyokong BN mereka juga akan mempunyai lebih masa bersama keluarga yang tersayang dan berehat sekejap dari berpolitik di Penanti .

Lagi ada banyak lagi kebaikan dan kelebihan BN jika kita huraikan.

Friday, May 15, 2009

PAS pun serupa aja !

Saya agak sedih sedikit dengan PAS, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan saya hilang hormat kepada parti yang selama ini melaungkan kepimpinan ulama dan Islam. Perkara tersebut ialah :

1. Sudah mula wujud politik wang dalam pemilihan kepimpinan PAS pada kali ini. Hal ini diakui oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamed Daud al-Iraqi. Memberi pelbagai hadiah seperti kain, baju dan lain-lain merupakan ciri politik wang. Sebuah parti Islam tidak seharusnya mempunyai ahli yang mengamalkan politik wang. Yang jelas, ini adalah kesalahan PAS sendiri, tidak perlu menyalahkan orang lain. PAS pada hakikatnya lebih banyak menumpukan kepada politik berbanding dengan urusan dakwah. PAS lupa bahawa tanggungjawab mereka yang sebenarnya adalah berdakwa dan bukan merebut kuasa semata-mata. Berceramah di surau-surau hanyalah sebahagian kecil daripada kerja-kerja dakwah, sebaliknya, mendidik ahli-ahli PAS agar mereka menjauhi maksiat dan dosa adalah perkara pokok. Ustaz-ustaz PAS lebih berseronok mengajar tafsir dan hadis di masjid-masjid, berbanding dengan berdakwah di pedalaman Sabah dan Sarawak untuk mengIslamkan masyarakat asli di sana. Ini bukan tangungjawab UMNO atau kerajaan semata-mata, tetapi tanggungjawab PAS yang selama ini begitu kuat mendakwa bahawa UMNO tidak Islamik. Apabila PAS sudah dihinggapi dengan politik wang, jangan salah orang lain atau Anwar Ibrahim, tetapi salahkan diri sendiri, kerana tidak ikhlas dalam perjuangan.

2. Nik Aziz menolak konsep negara perpaduan dengan alasan sudah serik ditipu oleh BN/UMNO. Malah, Nik Aziz menambah, jika UMNO tukar dasar kepada Islam, barulah PAS boleh menerima UMNO kembali. Ini merupakan cakap orang yang tidak ikhlas. DAP dan PKR tidak ada dasar Islam pun, tetapi bagaimana PAS boleh percaya dan yakin kepada mereka? DAP menentang negara Islam dan PKR pula tiada pendirian yang jelas berhubung penubuhan negara Islam, jadi bagaimana PAS boleh bekerjasama dengan mereka? Sehingga sekarang tiada satu pun ahli atau ulama PAS berupaya menjawab persoalan ini. Mengapa dengan DAP mereka boleh tidur sebantal dan mengapa dengan UMNO pula tidak boleh? Nik Aziz turut berkata, jika UMNO mahu PAS bersama mereka, maka berikan kementerian yang penting kepada PAS, seperti Kementerian Kewangan dan Pelajaran. Soalnya, apakah jika PKR dan DAP memerintah negara ini, maka kementerian tersebut akan diberikan kepada PAS juga? atau akan berlaku lebih banyak konflik daripada penyelesaian? PAS mempunyai masalah dalam memahami apa itu "perjuangan Islam".

Ulama-ulama PAS percaya, Islam hanya akan kembali gemilang jika mereka memperoleh kuasa terlebih dahulu, khususnya di Malaysia. Itu salah, fahaman seperti ini terpesong jauh daripada kebenaran. PAS tidak perlu menjadi raja atau Perdana Menteri bagi membuktikan Islam itu syumul, sebaliknya PAS harus menjadi badan dakwah dan ahli-ahlinya harus menjadi model kepada masyarakat dari aspek akhlak dan kejayaan dalam bidang perniagaan. Seperti mana yang pernah dilakukan oleh Al-Arqam pada suatu ketika dahulu. Inilah yang PAS tiada. Yakni, roh dakwah dan akhlak. PAS tidak berupaya mendidik ahli-ahlinya yang hampir satu juta itu, agar menjauhi daripada perbuatan merokok, yang jelas haram di sisi Islam, dan jika soal itu pun PAS tidak berupaya untuk melakukannya, maka bagaimanakah PAS akan berjaya mendidik masyarakat Malaysia secara keseluruhannya? PAS sama sekali tidak akan berjaya menjadi sebuah pertubuhan yang bersifat tajdid seperti mana pertubuhan Ikhwan Muslimin, jika sampai sekarang ahli-ahlinya tidak dididik dengan memahami akhlak Islam yang sebenar dan hanya mengejar kuasa semata-mata. Nik Aziz dan ahli-ahli PAS harus sedar akan semua hal ini. Itu pun jika mereka ikhlas.

3. Jika Nik Aziz tidak suka konsep negara perpaduan, maka Nik Aziz harus dinasihatkan dan ditegur oleh ahli-ahlinya yang ikhlas. Kita hanya memerlukan ulama yang ikhlas berjuang untuk kesatuan dan perpaduan umat Islam. PAS harus faham, Islam hanya akan kuat apabila penganutnya ikhlas dan jujur memperjuangkan Islam. PAS seakan-akan sudah hilang matlamat perjuangannya. PAS kini semakin lesu dalam mempertahakan idealismenya. Mereka menjadi lesu lantaran sudah begitu lama tenggelam dalam sejarah kegemilangan Islam yang lampau. PAS sudah lupa, kuasa bukanlah segala-galanya. Kita tidak boleh lagi terus-menerus hidup dalam bayangan kejayaan Islam pada zaman dahulu, kita harus segera berubah dan memikirkan cara baru untuk Islam terus maju dan berjaya mengalahkan musuh-musuhnya.

4. Nik Aziz juga harus faham, bahawa cara beliau berfikir mungkin sudah jauh ketinggalan. Orang Islam di Malaysia pada ketika ini memerlukan kedamaian dan kesatuan. Islam semakin lemah kerana umat Islam sendiri bertelagah. Dengan orang kafir kita boleh percaya, tetapi dengan orang Islam sendiri kita caci dan maki mereka. Dan bagi penyokong PAS, mereka harus faham, Nik Aziz semakin tua dan bukan semakin muda. Kita harus mengizinkannya untuk bersara dan beri kepercayaan kepada orang muda pula. Mungkin golongan muda ada fikiran dan cara mereka sendiri bagi menangani polimik politik Malaysia yang semakin mencabar pada masa kini. Mungkin juga PAS harus memperkenalkan Mursyidul Amnya yang lebih muda dan memenuhi kehendak dan selera ulama-ulama muda.

Remaja Malaysia Terlalu Pandai ?

Hai, balik balik anak siapa yang layak dapat biasiswa JPM untuk lanjutkan pelajaran diluar negeri? Ramai remaja di Malaysia telah dididik dengan pernuh bersopan dan mematuhi kedaulatan undang undang sehingga remaja ini mendapat keputusan ujian pihak kementerian Pelajaran dengan begitu baik. Tidak kira Anak melayu, anak cina, anak india atau lain lain.



Tetapi satu masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan harmoni ialah anak siapa yang patut dihantar keluar negeri dengan biasiswa JPM?



Disini 1Malaysia menghadapi satu lagi dugaan kerana adanya persoalan ini. Sebenarnya perkara ini berlaku setiap tahun dan selalu mendapat respon dari " pemimpin" yang ingin mendapat nama sebagai pembela bangsa.



Sebagai pembela bangsa adalah satu kerja yang berpahala dan dapat tempat dihati bangsa tersebut. Ianya juga dapat menaikkan martabat bangsa, kita tidak boleh salahkan pemimpin yang tampir ke hadapan untuk mengusutkan keadaan ini, kerana masing masing mempunyai agenda yang tersirat di sebalik penampiran mereka. Ada yang sangguh untuk berdemotrasi di jalan raya seperti HINDIRAN kerana untuk membantah keramahan kerajaan BN kepada kaum tertentu.



Persoalannya sekarang:

1. Adakah anak anak Malaysia yang pandai dan dapat keputusan yang baik dan juga mematuhi segala ketetapan yang dikenakan oleh JPM, boleh diketepikan begitu sahaja oleh pihak kerajaan?

2. Benarkah kerajaan hanya mementingkan kaum tertentu dan tidak dapat melaksanakan satu sistem yang adil dan saksama?

3. Betulkah pemberian biasiswa JPM ini hanya kepada mereka yang mempunyai "orang dalam"?

Monday, May 11, 2009

Mahkamah yang boleh dipercayai.

Harapan yang besar PR ahkirnya berhasil. Begitulah siri demi siri drama yang dilakukan oleh PR dan BN sehingga penat rakyat Perak dibuat oleh "pemimpin" kedua dua kuasa besar ini.

Sekarang pula MB lama akan mulakan kerja atur langkahnya untuk kembalikan keamanan Negeri Perak. MB baru pula akan turun naik mahkamah. Perak ..oh Perak....

Kita akan berasa legah sedikit, ini kerana Malaysia masih ada badan bebas yang tidak dibawah pengaruh sesuatu kuasa "dibelakang" takbir. Tetapi juga ada yang tidak percayai kewibawaan badan bebas ini. Sebagai rakyat biasa, kita harapkan kedamaian dan mematuhi dengan adanya undang-undang sebagai pengawal keadaan dan hukum mereka yang melanggarinya.

Bersusah susah rakyat Perak dibawah oleh parti masing masing ke sana ke sini, semoga berakhirlah kemelut Negeri Perak ini. Diharap semua pihak akan menjalankan tugas masing masing untuk kesejahteraan rakyat Perak khasnya dan keseluruhan Malaysia AM nya.

Dengan ini adakah BN akan duduk diam ????

Dengan ini adakah PR akan puas hati ????

Permainan akan berterusan lagi ???? atau Kebajikan rakyat diutamakan????

inilah persoalan yang kita sedang carikan jawabnya.......

Thursday, May 7, 2009

H1N1

Kesihatan "politik" Malaysia lebih kurang macam H1N1 dimana setiap rakyat terpaksa dihadkan "pergerakan".

Penyokong masing-masing kuat yang tidak kuat hanya kerajaan tidak kiralah kerajaan negeri atau kerajaan pusat.

H1N1 campuran penyakit Burung + Orang + Babi jadi senang lah ia serang sistem pertahanan badan. formula Umno + MCA + MIC 'ubat' yang tidak berapa diminati rakyat kerana sistem pertahanan mereka kurang kuat.

formula PKR + PAS + DAP nampaknya boleh ubati penyakit rakyat tetapi belum lulus tempoh percubaannya sudah tunjuk kesan sampingannya kerana dibuat daripada ramusan bahan yang kurang quality.

so Jaga-jaga jangan Penanti ini dijadikan sebagai bahan uji kaji formula PKR + PAS + DAP.

Monday, May 4, 2009

satu permainan...

Hari ini rakyat Malaysia boleh menghadapi masalah dengan kerajaan memerintah adalah kerana keadaan ekonomi semasa. Bak kata perpatah " tak kena maka tak tahu" atau "tak rasa maka tak tahu tawar manisnya" . Ini telah menjadi, keadaan yang mana kenaikkan inflasi yang tinggi menyebabkan rakyat tidak selesa lagi dari perbelanjaan harian mereka.

Apa itu inflasi? Apa itu kenaikkan harga barangan keperluaan? Bezanya ialah kalau harga sesuatu barang itu naik seberapa mahal pun tetapi mampu dibeli oleh pengguna ianya masih dikatakan berpatutan kerana permintaan lebih daripada pengeluaran.

Apabila kenaikkan inflasi, ia seperti sekarang semua barang keperluan meningkat tidak selaras dengan pendapatan. Jadi ini yang merisaukan rakyat Malaysia sekarang. Pendapatan seisi keluarga tidak dapat menampung keperluan asas keluarga. Ini sedikit sebanyak disebabkan oleh masalah dunia yang gawat. Sistem kewangan negara besar runtuh akibat kawalan terhadap inflasi gagal dilaksanakan dengan berkesan.

Oleh itu, permainan politik pada masa kini adalah sesuai untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah. Kita dapat lihat keadaan politik Malaysia pada masa kini, dimana pihak pembangkang mempunyai lebih banyak isu untuk menghantam kerajaan dan pada masa yang sama pihak kerajaan perlu menbahagikan masa satu untuk menghadapi isu-isu yang dibawah oleh pembangkang dan satu lagi untuk menjanakan atau melaksanakan sistem/program yang baik untuk rakyat.

Permainan kali ini, lebih kepada perebutan kuasa daripada kebajikan rakyat. Rakyat dijadikan sebagai senjata dan kekuatan sesuatu pihak dalam perebutan ini. Sebenarnya rakyat hanya mahukan sesebuah negara yang aman , damai, politik dan ekonomi yang setabil. Kalau pihak yang merebut dapat menunjukkan keilklasan untuk membawa Malaysia keluar dari kegawatan ekonomi sekarang, rakyat akan memberi peluang kepada mereka.

Tetapi kalau masih "bermain" dengan keadaan semasa, kita boleh simpulkan di sini bahawa Malaysia sedang dibawa oleh mereka ini menuju ke arah belakang atau pun kebinasaan.

PAS dimana arah tujunya?

Satu ketika dahulu, apabila disebut sahaja nama Parti Islam Se-Malaysia (Pas), wujud persepsi yang cukup negatif terhadap parti politik berlandaskan Islam itu. Ketegasan parti berkenaan dalam memperjuangkan pembentukan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud telah menakutkan ramai pihak khususnya masyarakat bukan Melayu. Kebanyakan daripada mereka melihat Pas sebagai sebuah parti yang fundamentalis dan fanatik.

Namun segalanya berubah selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu.

Kejayaan Pas dalam merobah persepsi masyarakat bukan Melayu dalam menerima pendekatan dan perjuangan politik mereka didorong oleh pelbagai faktor. Antaranya, imej pemimpin-pemimpin Pas yang dilihat lebih sederhana sifatnya berbanding dengan pemimpin UMNO, kesedaran Pas terhadap signifikan dan kepentingan undi bukan Melayu dan isu-isu yang diperjuangkan oleh parti berkenaan yang jika dahulunya hanya tertumpu kepada aspek agama kini juga telah menjurus kepada isu-isu kesejagatan seperti hak asasi manusia, ISA, rasuah dan governance.

Keberanian masyarakat bukan Melayu untuk mengibarkan bendera Pas, menyertai Kelab Penyokong Pas dan memberikan sokongan kepada calon Pas pada beberapa pilihan raya kecil lalu di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau terbukti bahawa jurang pemisah dan persepsi negatif terhadap parti itu berjaya dikikis. Perkembangan tersebut kini dipantau rapi oleh parti-parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan.

Awal bulan Jun nanti juga, Pas akan melangsungkan Muktamar tahunan mereka yang ke-55. Muktamar Pas kali ini dijangka lebih hangat berbanding muktamar tahun sudah apabila pemilihan pucuk kepemimpinan baru parti dijalankan. Namun pemilihan parti kali ini bukanlah calang-calang pemilihan biasa kerana ia bakal mencorakkan hala tuju Pas untuk tiga tahun berikutnya.

Lebih menarik lagi, beberapa isu berbangkit yang menyelubungi PAS ketika ini seperti pertembungan secara terbuka antara golongan ulama dan fraksi Erdogan (terdiri daripada golongan profesional dan berfahaman liberal) dalam hierarki kepemimpinan parti, isu kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas sudah tentu akan merancak dan mempengaruhi keputusan pemilihan parti nanti.

Apakah Pas akan terus dikuasai oleh golongan ulama seperti mana yang kita lihat sebelum ini? Ataupun adakah golongan profesional pula yang bakal menerajui kepemimpinan parti? Bagaimanakah bentuk kepemimpinan Pas yang akan dijelmakan sekiranya golongan profesional yang berkuasa kelak? Apakah reaksi golongan ulama nanti sekiranya peranan mereka dipinggirkan?

Saturday, May 2, 2009

Ada projet susah, tiada projet pun susah.

Rakyat sekarang sedang menghadapi satu lagi cabaran dari kerajaan yang dipilih oleh mereka.

Menteri Besar dengan seterang terangnya mengatakan Kedah tidak ada duit ! . Begitu juga EXCOnya yang diminta untuk membantu rakyat yang menghadapi masalah infrastrutor. Semuanya akan menjawab tidak berduit.

Untuk mengetahuan sekelian, Kebanyakan EXCO Kedah tidak berani menghadapi rakyat seperti menghadiri majlis keramaian atau perjumpaan yang dianjurkan oleh pihak NGO. Mereka akan lebih selesai menghadiri majlis yang dianjurkan untuk berceramah oleh parti masing masing.

Sebabnya, kebanyakan majlis yang dianjurkan oleh NGO ada majlis mengutip derma untuk tabung pertubuhan mereka. Boleh dikatakan 65% kedatangan dalam majlis berkenaan hanya diwakili oleh wakil EXCO. Oleh itu, rakyat dengan secara tidak langsung tidak dapat sokongan dari kerajaan yang memerintah. Penekanaan pemerintahan PR adalah lebih kepada "Kerajaan Bersih Rasuah", menyebabkan PR dan juga BN pada masa kini sangat berhati hati dalam pembangunan yang dirancangkan.

Kerajaan Persekutuan juga menghadapi situasi yang sama pada masa ini, dimana setiap cadangan projet perlu mendapat penyertaan dan sokongan dari rakyat sebelum ianya dilaksanakan. Oleh itu pembangunan pada masa kini adalah pelahan dan perlu mengambil masa yang lebih lama untuk diproses sebelum ianya dibenarkan dilaksanakan. Ini boleh diibaratkan kata, BN adakan projet, PR katakan ada rasuah, kalau BN tidak buat projet, PR kata BN tindas rakyat.

BN pada masa lalu boleh dikatakan kerana terlalu memikirkan pembangunan sehingga penyertaan rakyat dalam pembangunan diabaikan. Dengan adanya suara yang ditunjukkan oleh rakyat pada PRU 12 telah menyedarkan BN bahawa pembangunan negara Malaysia bukan hanya pada sebelah pihak sahaja tetapi rakyat juga perlu disertakan dalam rancangan pembangunan ini.