Tuesday, April 28, 2009

SIAPA YANG BERKUASA?

Ya! siapa yang berkuasa?? ini yang buat rakyat masih tidak faham peranan yang sebenar dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah. Ramai yang difahamkan apabila diminta bantu untuk memperbaiki infrastuktur dan juga kemudahan orang ramai seperti baiki jalan berlubang, longkang tersubat dan berbagai lagi. Kerajaan pusat patut dipertangguhjawabkan?.

Kerajaan Negeri Kedah hanya tahu tunjukkan jari kepada kerajaan pusat. Adakah ini kerja juga kena kerajaan pusat buat? Tidaklah tahu saya pula! Peranan Majlis Tempatan yang mengutip cukai sampah sampailah ke cukai pintu sepatutnya digunakan untuk kerja-kerja menjaga kebajikkan rakyat dikawasan berkenaan tetapi kenapa kita harapkan kerajaan pusat untuk kerja kerja kebajikkan ini?.

Kerajaan Negeri Kedah tidak tahukah berkenaan apakah tugas Pihak Berkuasa Tempatan(PBT)?? Jadi kami rakyat lagi tidak tahu apa yang dibuat oleh PBT.

Saturday, April 25, 2009

Tidak Untung VS Gaji Buta

Kebiasaan nya Kalau mahu berniaga, keuntungan adalah diutamakan betul tak? Kalau menjadi pekerja keuntungan pada diri sendiri yang diberi perhatian. Begitu adat dunia yang mana lebih menguntungkan akan diutamakan.

Dalam banyak perniagaan tahukah apa perniagaan yang tidak diniagakan? iaitu PERNIAGAAN yang TIDAK MENGUNTUNGKAN tidaklah kira betapa tinggi risikonya kalau ianya menguntungkan orang akan lakukan. Tidak hairanlah, pada masa kini ramai yang komen berkenaan hal yang tidak untung bagi pihak mereka setelah banyak pengorbanan yang dibuat.

Rakyat tidak akan berterima kasih kepada pemimpin kerajaan kerana apa yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini telah "diketahui" akan keuntungan yang sepatut diagihkan kepada rakyat telah menjadi satu keuntungan bagi mereka yang berkuasa. Kenapa rakyat boleh tahu hal bahawa mereka telah ditindas oleh mereka yang berkuasa ini??? siapa yang telah melapor kepada rakyat?

Inilah keadaan yang dihadapi, yang tidak untung berkata yang berkuasa ambil gaji buta. Yang tidak untung marahkan yang ambil gaji buta tidak bagi untung kepada tidak untung.
Balik-balik siapa untung siapa rugi hanyalah tuhan saja tahu.

Friday, April 24, 2009

Cakap-Cakap Siapa yang lebih baik

Mana boleh dapatkan informasi yang benar dan betul??? DAN mana boleh dapatkan informasi yang sedap di dengar dan tidak sedap di hati??? Kedahkids telah buat carian dalam MCA, MIC, UMNO, PKR, PAS, DAP dan banyak lagi......

Kesimpulan :-

PR yang lebih up date dan banyak informasi yang pedas (tidak tahu betulkah tidak). Bagi BN pula semuanya lebih kurang di suratkhabar, tenang sahaja tidak menarik dan membosankan. Boleh dikatakan 'hidangan' khabar BN tidak lebih kepada yang baik, membina, berbincang pasal masa depan dan keadaan ekonomi yang nampak tidak berkesan kepada rakyat.

PR pula lebih kepada pejuangan menjual mimpi dan angan-angan yang indah lagi suci lagi bersih (seperti iklan pula) kepada rakyat dimana harapan rakyat sekarang yang telah dalam keperitan selama 3 hingga 4 tahun mengharapkan akan dapat satu nafas yang baru dari suci dan bersih ini.

Dalam banyak banyak blog yang ada nampaknya blog DAP dan PKR lebih berkesan dari blog yang ditulis oleh MCA atau UMNO. kelebihan blog PR adalah mereka ditulis dalam bahasa yang senang difahami dan disertakan dengan gambar gambar semasa. Peratusan yang akan melayari blog boleh mencapai sehingga 15 ribu orang dalam satu hari. kenapa ??? MCA 95% ditulis dalam mandarin, kaum cina hanya 25% penduduk Malaysia dari ini sekurang-kurangnya 8% adalah yang tidak tahu baca mandarin dan 3% tidak belajar jadi adakah yang tinggal ini akan baca apa yang ditulis dalam blog mandarin???

Tidak dinafikan mereka yang melayari blog adalah lebih tertumpu kepada Bahasa Inggeris jadi tidak kira bertapak baik pun blog anda di dalam Mandarin atau Bahasa Malaysia ianya ada had yang tidak dapat dielakkan.

Thursday, April 23, 2009

Cina Mula "SUKA" Pada PAS

Salam dari Kelantan sudah mula berakar di Kedah. Pada masa lalu MCA yang menwakili Kaum cina dalam BN tidak setuju dengan pendekatan yang dibawah oleh PAS. Dalam usaha PAS untuk mendapatkan sokongan orang cina perbagai janji dan kefahaman ajaran dalam Islam telah ditafsirkan sebegitu mudah difaham oleh kaum cina. Contohnya di Kelantan agama selain dari Islam dibenarkan di sana dan bukan begitu saja tetapi juga dapat "sokongan" dari kerajaan PAS.

Acara keagamaan turut dihadiri oleh Tok Guru dan pemimpin PAS. Pada mulanya terdapat kesangsian terhadap ketulasan kerajaan PAS ini tetapi telah dibuktikan bahawa keharmonian dalam hormat-menghormati sesama agama telah dapat menyakinkan kaum cina di Kelantan bahawa PAS tidak fanatik seperti yang selalu dilaporkan.

Pada masa pilihan raya kecil Bukit Selambau, cina dari Kelantan turun padang untuk berkempen untuk PR dan mendapat tempat dihati pengundi. Apakah sebabnya??? PAS yang selalu dikaitkan dengan haram judi, mimun arak, dan tidak benarkan ternak babi kenapa tidak lagi "ditakuti" oleh kaum cina.

ADAkah PAS sudah menyakinkan kaum cina bahawa benda yang haram seperti diatas boleh dihalalkan apabila PR berkuasa satu hari nanti? ADAkah ini kerana untuk mendapatkan sokongan dari kaum cina maka ada 2 standart yang berbeza digunakan?

Angin perubahan yang melandar politik Malaysia nampaknya masih belum reda lagi, Ini berlaku di Penanti, dimana ADUN PKR yang letak jawatan tidak dimarahi oleh rakyat disitu tetapi pihak BN yang disalahkan kerana menyebabkan krisis ini.

Oleh itu, dari kesimpulan ini suara rakyat sekarang adalah lebih kepada tidak kepuasan kepada Pemimpin atas BN daripada kebolehan calon yang akan bertanding. Sekali lagi PKR ini diberikan peluang untuk menjatukkan maruah BN di hadapan rakyat. Kesian pada BN....

Monday, April 20, 2009

PKR mahu tunjuk "Tai Kor"

Benar juga kata orang tua " air yang tenang jangan di sangka tidak ada buaya". Dulu masa nak "joint" sekali punya jam semua boleh, sampai akan diadakan 1 pose TPM untuk kaum selain dari orang melayu. ini baru sekali teguh saja sudah panggil " diam" jangan sebut-sebut lagi.

Baru lah tahu, kalau 'Joint' dari parti yang tidak sehaluan inilah akibatnya. DAP tidak boleh masuk campur urusan PKR itu benar dan secara halus 'jangan ajar PKR berpolitik' . Dalam hal rakyat Pulau Pinang yang dahagakan perkhidmatan seorang TKM Melayu, DAP sebenarnya berhajat baik kerana hendak menolong orang melayu disana tetapi yang peliknya PKR seperti ada agendanya sendiri. Kerajaan PR di Pulau Pinang seakan akan hilang misi pejuang mereka kerana asyik dengan masalah TKM mereka. Apa apa pun cepatlah gantikan yang baru kalau dengan asyik berlakon demi minta simpati rakyat, lama lama orang dalam juga akan bersuara jua.

setenang tenang PKR dalam PR pun telah menunjukkan taringnya. DAP yang bekerja kuat dari tahun lalu masih dikutuk oleh PKR kerana tidak menjaga kebajikan EXCO PKR. macam mana hendak jaga PKR sedangkan ADUN yang dipilih kebanyakan tidak berpotensi untuk bekerja kuat, yang muda pun sudah cabut bagaimana dengan yang tinggal 2 yang tua ini??

Oleh itu PKR tidak kan lagi berharap kepada ADUN yang sedia ada ini tetapi akan mencari yang lebih berpotensi untuk mengisi DUN Penanti ini. Seperti di Bukit Selambau PKR punya TUAN taruk muka baru tanpa perduli sama ada akan dapat sokongan dalam atau tidak kerana itu tidak penting yang penting pengundi suka pada PKR. Pengundi suka kepada PKR bukannya PKR itu bagus tetapi PKR + DAP + PAS adalah BINTANG pujaan pengundi untuk dapat banyak info "hiburan" kemudian ditransformkan kepada undi PKR.

Kepada DAP dan PAS sekarang pemimpin PKR panggil encik LIM jangan bercakap banyak sedikit hari minta PAS duduk senyap lepas itu, semua hal kerajaan PKR buat lama lama penyokong DAP + PAS akan tunduk ke PKR kerana PKR parti 3 Bangsa. dalam PKR semua ada. Ada berbagai kaum , ada berbagai agama dan berbagai pendapat menjatuhkan Kerajaan BN itu yang penting sekali. DAP + PAS mana ada hati nak jatuhkan BN?.

Tai Kor sudah bersuara adik=adik semua mesti ikut saja dengan setia jika mahukan BN jatuh.

Penanti yang sedang menanti.....

daripada Kedah ke Pulau Pinang singgah sebentar di Butterworth, dimana Penanti ada lagi ADUN cabut lari kerana tidak tahan dengan "kemahuan" PKR yang sedang dalam mood yang terbaik menukar ADUN atau MP yang tidak berkemampuan "bertugas".

Tidak lama lagi Bukit Lanjar akan juga ditukar kerana tidak "bagus" ADUN dipandang mata. Comel juga ideal orang politik ini. Macam-macam boleh buat, dari jimat duit, jaga alam sekitar sehingga ada yang buang duit dan begitu juga jahamankan bangsa!.

PKR mempunyai pemimpin pemimpin yang bukan saja pandai dalam politik tetapi juga pandai bersosial. Ini sudah terbukti di Pilihan Kecil yang lalu. PKR mengambil pendekatan yang lebih kepada menyebarkan sebarang maklumat yang ada benar dan ada palsu kepada setiap lapisan masyarakat. Orang muda akan di dekati orang muda dan orang tua didekati orang yang tua. PKR akan berada dimana saja asalkannya disitu ada pengundi.

Kekuatan perayu undi PKR sangat bersemangat seperti selepas diberi motivasi sebelum turun padang untuk merayu undi. Budak budak kolej dibawah masuk ke kawasan stategi dan bekerja sebagai penyebar risalah semasa PKR mengadakan ceramah bergerak.

Sebenarnya cara berkempen ini dicontohi dari cara Pilihanraya luar negara. dimana golongan muda di beri motivasi dan juga sokongan aluan untuk berkempen bagi sesuatu pihak. Parti yang bertanding biasanya akan mengumpulkan seberapa ramai orang yang mungkin untuk bekerja dengan mereka. Semakin ramai semakin kuat parti berkenaan. (ini adalah kesimpulan pada mata pengundi atas pagar yang tunggu / lihat kemudian sokong kepada parti yang ramai penyokongnya)

Buat masa kini Malaysia juga terikut-ikut dengan cara begini, dimana pada hari membuang undi pondok panas akan dipenuhi orang yang menyokong parti bertandingan. kalau dilihat ini tidak boleh dijadikan pengukur kepada kemenangan sesuatu parti itu tetapi pada hakikatnya ini adalah kenyataannya ,, lebih ramai orang pada pondok panasnya maka banyak undi yang akan di dapat pada parti berkenaan.

Dari pengalaman di Bukit Selambau, dapat satu kesimpulan bahawa pondok panas bebas yang tidak ada penyokong dan tinggal begitu saja tidak dapat undi dari pengundi tetapi pihak PKR dan BN yang mempunyai penyokong sehingga habis masa mengundi memdapat undi dari pengundi.

Satu lagi kelebihan PKR yang mana kedahkids katakan bahawa mereka pandai bersosial tetapi tidak kepada BN. Kenapa?

1. PKR tidak payah belanja wang yang banyak untuk berjumpa dengan pengundi, hanya dengan fotostat risalah menyatakan masa, tempat dan siapa yang akan datang berceramah pu mendapat ramai pendengar yang datang.
2. Ada Permit atau tidak berpermit tidak penting, yang akan susah rakyat dan yang akan sokong PKR pun rakyat.
3. PKR mempunyai pasukan "think tank" cari jalan untuk mendapat sokongan rakyat.
4. Undang-undang hanya untuk penyokong BN dan tidak bererti kepada penyokong PKR. Ini dapat dilihat bila keganasan berlaku BN yang disalahkan. betulkan??

Justeru itu, BN akan makan hati sungguhpun telah bekerja keras untuk menolong rakyat tetapi kaedah bersosial BN tidak boleh bertanding dengan PKR, jadi kenalah BN menjanakan sesuatu yang baru untuk mendekati dan bersosial dengan pengundi sebelum terlambat.

Penanti yang sedang menanti.....

Tuesday, April 14, 2009

UPSR

sebenarnya Kedahkids tidak berminat untuk komen hal TPM Baru kita berkenaan kenyataan beliau berkenaan masyarakat cina. tetapi bila membaca dalam banyak blog dan web nampaknya ada banyak muslihat yang tersembunyi dalam penulisan masing-masing. Katakan kalau penulis itu sudah ada 'bulu' dengan TPM maka tulisan nya agar keras dan terus tekan kepada point yang negatif lebih, kalau penulis yang lebih resional maka tulisan akan lebih kepada membina.

Tetapi hari ini, kebanyakan bloger tidak sokong BN maka dalam setiap statement yang dikeluarkan oleh pemimpin BN akan ada putar belit fakta yang boleh disalah taksirkan. Kedakids bercadangkan supaya siapa yang menulis kenyata Pemimpin tidak kira dari BN atau PR atau BEBAS ini supaya ditulis sebenar-benarnya dikatakan oleh Pemimpin tersebut (dalam bahasa yang dikatakan atau digunakan oleh Pemimpin itu ) kemudian buatlah terjermah dalam bahasa yang si-penulis ini faham. Dengan ini salah faham dan penekanan kepada kata-kata Pemimpin bolehlah ditaksir oleh pembaca itu sendiri. Ianya juga dapat mengurangkan kekeliruan pembaca massage yang akan disampaikan.

Masa kini ramai penulis ingin menjadi "hero" dengan aktikal "berani" . Ini kerana dengan hak bebas bersuara, maka pandangan seseorang itu telah mewujudkan sekurang-kurangnya 3 golongan yang akan berbahas dalam sesuatu isu yang berbangkit. Golongan ini ialah yang pro, yang kontra dan atas pagar. Jika semakin ramai yang terlibat seperti contohnya kenyata berbau perkauman maka dengan secara tidak langsung kaum terlibat akan bertidak sekurang-kurangnya menpertahankan hak mereka. Ini akan menjadi seperti peribahasa "nila setitik, susu sebelanga rosak".

Dalam erti lain pandangan seseorang itu tidak semestinya betul, dan ianya tidak salah. Zaman sekarang, kita mestilah taksir pro dan kontra, bukan mengeyakan isu-isu yang selalu dihidangkan. Kedahkids mahukan kesedaran kita sebagai rakyat Malaysia bahawa satu undi di tangan kita boleh mengubah kerajaan, kita mesti sokong pemimpin yang boleh membentuk pembangunan rakyat dan bukan nya sokong kerana marahkan sesuatu pihak. Kerugian adalah berpihak kepada rakyat kerana siapa yang akan mewakili atau membawah suara rakyat kawasan itu ke Kerajaan yang memerintah untuk dapat perhatian.

Sunday, April 12, 2009

Tanah oh Tanah!

kebanyakan rakyat Kedah masih hidup dibawah paras kemiskinan. Benarkah statement ini???
Kemungkinan ianya benar, kenapa begitu? Rakyat Kedah kebanyakannya hidup secara serdehana dan bertani. kehidupan mereka dikampung-kampung penuh dengan keharmonian dan tolak ansur sesama penduduk kampung tidak mengira kaum dan agama. Jadi kemiskinan di kampung tidak sama dengan kemiskinan di bandar. Oleh itu 'Bawah Paras Kemiskinan' tidak menjadi isu yang serius pada Kerajaan PAS Kedah, sebab Negeri Kedah , kampung lebih banyak dari bandar. Kerajaan PAS tidak perlu mengembangkan ekomoni tetapi sebaliknya mengembangkan fahaman parti PAS adalah lebih penting dan mustahak. Harap-Harap Kelantan No. 2 akan wujud di Kedah. Lepas itu anak anak mudah akan mencari makan di luar Kedah seperti mana Negeri Kelantan hari ini. sebagai negeri PENCEN.

Kerajaan PAS Negeri Kedah selalu berkata tiada duit untuk buat sesuatu projek, Sungguhpun
projek itu penting dan rakyat sangat mengharapkan. Benarkah Kerajaan Pas Kedah tidak Berduit??? ini lagi buat rakyat pening, kalaulah berpolitik seperti pembangkang sampai bila pun Kerajaan Pas tidak berduit.

EXCO PAS hanya tahu tolak dan bantah saja. Itulah cara PAS memerintah. sebenarnya PAS tidak mempunyai arah tuju selain dari agenda parti PAS. Kalau PAS mahu memajukan Kedah, PAS kena bekerja sama dengan setiap kaum secara terus dan bukannya dengan minta pendapat sahaja, ini terbukti dengan system KUOTA 50% untuk orang melayu. sampai hari ini EXCO PKR terpaksa menghadapi pertanyaan dari Bukan Orang Melayu untuk system ini. Juga difahamkan bahawa "orang dalam" telah berpakat dengan EXCO PAS untuk menguruskan LOT-LOT yang tidak laku ini untuk buat duit.(system ini akan gagal, kemudian ianya akan dihapuskan dan EXCO yang berkait akan cari pembeli untuk mengambil alih lot-lot yang tak dijual dengan harga murah kemudian ditawarkan kepada semua kaum, disinilah "orang dalam" akan buat duit)

Oleh itu, cuba tanya sendiri adakah Kedah ini miskin atau tidak????

Saturday, April 11, 2009

Barisan Nasional Ke...................

sejarah telah membukti bahawa sesuatu yang baik akan berahkir juga pada satu hari nanti. Jika kali ini ada benarnya, Barisan Nasional akan mendapat nafas baru dari PM baru kita untuk menunjuk ke satu arah yang lebih mudah difahami dan disegani oleh rakyat Malaysia.

Parti Pembangkang pada masa kini mendapat tempat dihati rakyat Malaysia, kerana politik masa kini bagaikan "duri didalam daging" . Demi kepentingan dalam politik kerabat duri ini tidak akan peduli lagi apa yang mungkin berlaku kepada rakyat. Keadaan ekonomi yang menurun kita perlukan komimen yang tinggi untuk menjaga kebajikan rakyat jelata dan begitu juga insitusi keluarga agar semua mendapat muafakat dari kerajaan yang memerintah.

Kerja Pembangkang adalah memastikan ketulasan dan keberkesanan kerajaan pemerintah dalam menghadapi keadaaan semasa dan membantu dengan suara yang lantang dalam kerajaan. Bukannya dengan mengacau-bilau keadaan dimana menyampaikan isu-isu yang tidak benar kepada rakyat untuk tidak percayakan kepada kerajaan pemerintah. Kerja kerja seperti menghebohkan fitnah dan pertunjuk yang tidak betul adalah seperti "mengbaling batu kemudian simpan tangan" .

Negara Malaysia memerlukan satu pasukan pembangkang yang boleh memberi ideal-ideal yang bina bukannya merosakan. Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia, perlulah kita bersama-sama membina satu kefahamaan dalam mempertingkatan taraf hidup rakyat, kestabilan politik sangat diharapkan.

Friday, April 10, 2009

pandai pandai wahai BN

Dipetik dari TOPIX Brunai ,
Dengan hormatnya dimaklumkan, saya diarah untuk menarik perhatian Ketua-Ketua Cawangan mengenai perkara di atas. Adalah diperhatikan akhir-akhir ini ada cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian Kapar yang menganjurkan program-program agama seperti ceramah-ceramah, pengajian, forum dan sebagainya. tuan-tuan adalah diminta supaya lebih berhati-hati apabila mengundang para penceramah/ustaz untuk mengisi program-program tersebut kerana terdapat penceramah-penceramah agama yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Hadith sebagai dalil dan hujjah untuk merendah-rendahkan perjuangan UMNO.

Sebagai contoh, pada 7hb. September 1996 yang lepas, satu majlis forum telah diadakan di bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Salah seorang ahli penal forum itu telah menghuraikan ayat 36 Surah Al-Ahzab yang menjelaskan kesesatan mereka yang "memilih hukum selain dari hukum Allah", termasuk juga mereka yang menolak hukum hudud dalam al-Quran.

Kita tidak boleh menerima hujjah dari Quran seperti itu kerana ini akan menjauhkan sokongan rakyat kepada Umno.Kita menolak hukum Quran kerana ianya bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional bagi mengekalkan kuasa dalam negara ini. Kejahilan masyarakat dalam agama bererti keuntungan kepada perjuangan kita.

Sebagai garis panduan, sila ambil langkah-langkah berikut apabila menganjurkan program-program agama:

1. Sila berbincang dengan Nazir Masjid/Pengerusi surau supaya tidak menjemput ustaz-ustaz yang menentang dasar kerajaan. Pengajian tafsir Quran dan hadith hendaklah dielakkan kerana biasanya Quran dan hadith menjelaskan sifat-sifat munafiq, syirik dan sebagainya. Ini mungkin "terkena kepada kita"

2. Pilihlah ustaz yang sesuai dengan perjuangan kita. Sekiranya meragui latarbelakang mereka, sila rujuk kepada Ketua Biro Agama bahagian. Adalah diingatkan supaya tuan-tuan lebih berhati-hati. Terdapat ramai para ustaz termasuk kadhi yang menentang dasar kerajaan.

3. Sila nasihatkan ahli-ahli Umno agar meeka tidak terpengaruh dengan hujjah agama selain dari apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini. Memadailah sekiranya masyarakat diajak untuk turut serta bersama kita dalam majlis-majlis tahlil dan membaca yassin yang diadakan di masjid/surau.

Sekian, terima kasih.

Hormat dari saya,

SAMAN BIN HAJI AHMAD
Setiausaha, Umno Bahagian Kapar.
s.k.
YB Dato' Ketua UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Biro Agama Bahagian Kapar.

Thursday, April 9, 2009

MEMTERI-MENTERI MALAYSIA 2009

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak
Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana MenteriTan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam
Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui KeongDatuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I Datuk Seri Najib Razak
Menteri kewangan II Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaranTan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam neger i Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar Datuk Douglas Uggah Embas T
an Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahananDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)
tarikh 9 april 2009

Wednesday, April 8, 2009

HARI HUJAN

Kedah hari ini hujan..... adakah ini bermakna musin hujan pada masa ini?
sebenarnya ianya hujan biasa eja. musin "hujan" baru berlalu iaitu setiap calon yang bertanding telah dengan rela hati "berlabur" untuk menjawat Yang Berhormat DUN ini..

1. orang yang paling mendapat "hasil" dari pilihan raya ini adalah Yang Berhormat baru. Kerana mulai 8 april 2009 YB baru akan mendapat gaji + alaun + banyak lagi sehingga habis penggalnya dan kemudian akan di beri pencen sampai habis hayatnya.

2. yang mencetak poster, banner, risalah dan bahan bahan cetak yang lain. Cuba tengok calon kapal terbang, dia pun poster sungguh cantik dan menarik kerana warnanya yang terang dan kuning pun sememang warna yang menarik perhatian. ini tidak termasuk dengan calon yang lain dan pihak SPR.

3. Petrol station, cuba bayangkan hari hari biasa Sungai Petani ini hanya akan sesak pada waktu pergi dan balik kerja, tetapi kerana ini pilihan raya lebih 20 hari berturut turut jalan raya Sungai Petani penuh dengan berbagai jenis kenderaan. jadi tauke-tauke station minyak juga yang senyum .

4. Hotel, motel, bilik sewa, rumah sewa dan bermacam lagi termasuk rumah penduduk tempatan penuh. kerana pasukan penarik undi masuk dari kawasan luar untuk menolong calon-calon yang bertanding.

5. kedai makan semua tidak mengira bangsa semuanya akan kaya sedikit, tetapi kedai 24 jam yang paling untung kerana pagi pukul 2 pagi pun kena tunggu tempat duduk. tengok bertapa ramai nya orang berada di sini DUN Bukit Selambau ini.

dan banyak lagi, tetapi yang rugi pun ada... siapa ???

pembayar cukai, sekali pilihan raya kecil sekali peruntukan seperti:-

1. SPR terpaksa mengambil tenaga kerja sambil, iaitu pekerja kerajaan khasnya untuk dalam pengurusan Pilihan raya kecl ini.

2. Keselamatan, polis yang dihantar ke DUN ini tidak kurang dari 3000 orang untuk tempoh 15 hari cuba kira kan alaun yang dibayar tempat tinggal dan berbagai kemudahan yang di sewa untuk menyokong kerja pihak polis.

3. sekolah -sekolah dan tempat yang digunakan untuk membuang undi. budak sekolah tidak bersekolah satu hari tidakkah ini menrugikan anak-anak kita?

4. kerugian bahan bakar seperti petrol dan diesel, kerana hanya ingin menunjukkan ketibaan penyokong masing-masing, puak=puak ini akan menronda, bukankah ini kerja membuang duit?

5. boleh dikatakan ini kerugian yang paling serious, berbalah sesama penduduk sendiri. ini terjadi kerana fitnah menfitnah yang dibawah masuk oleh berbagai parti telah menrosakan keharmoniaan penduduk tempatan ini. "kecederaan" keharmonian penduduk tempatan ternampak bila parti parti yang bertanding ini mahu penyokong mereka mengeyakan atau menidakkan sesuatu isu yang dibawah untuk mendapatkan undi. kesan ini tidak dapat disuraikan dengan habis nya pilihan raya kecil ini. tetapi mengambil masa yang agar panjang dalam proses memgembalikan keharmonian ini. pada masa kini bukan saja "kerosakan" kepada antara kaum tetapi juga kerosakkan sesama kaum. yang cina marahkan cina,, yang melayu marahkan melayu dan begitu juga kaum india.

disini kedahkids sungguhpun kecil tetapi tidak sanggup melihat ada pergaduhan antara mak bapa dan begitu juga kebencian sesama adik beradik.

dengan ini apa yang telah dibuat atau berlaku, mari kita berfikir semula adakah keadaan ini yang kita mahu atau kita kena bendung dari terus menjadi alat kempen parti-parti bertanding.

sekali lagi kedahkids mengingatkan bahawa keharmonian ini sangat penting dan bermula dari diri kita sendiri dan tidak akan diperalatkan oleh orang lain...

YB Manikumar

oh nampaknya PKR dapat peluang cuba sekali lagi dengan berjayanya mendapat balik DUN Bukit Selambau ini. tahniah PKR dan YB Manikumar..........

sungguh baik hati rakyat di Bukit Selambau ini, dengan ADUN Arumugan yang sudah tidak berharapan untuk berkhidmat dan digantikan pula dengan YB Manikumar.

adalah penting bagi rakyat di DUN Bukit Selambau ini mendapatkan nombor nombor telepon YB seperti Handphone, telepon rumah, telepon pejabat, telepon setiauasaha YB dan telepon telepon seluruh kerabat PKR yang datang berkempen untuknya. INI sangat penting kerana YB baru ini seorang berniaga dan apa yang diketahui bahawa kadang-kadang pelangan YB hendak berjumpa dengannya kena tunggu beberapa hari baru dapat appointment dengannya.

Kalau berniaga ini dapat wang, kena tunggu beberapa hari bagaimana dengan khidmat yang free ini?

Monday, April 6, 2009

bukit selambau

hadiah bagi rakyat,
jalan tarmasuk kampung, longkang pecah dibaiki, lampu jalan dinyalakan balik dan sebagainya.......

semuanya kena terima kasih kepada ADUN yang dulu Arumugan.

terima kasih Arumugan

kedahkids sangat hormati orang yang berani seperti ini kerana beliau tahu bahawa dengan tenaga dan keupayaan yang ada pada beliau adalah terhad dan tidak berupaya untuk berkhidmat jika tidak memdapat sokongan dari kerajaan yang diwakili beliau.

jadi adalah baik beliau berundur dari EXCO yang hanya berjanjikan Gaji yg banyak tetapi tidak kepada rakyat. kerajaan yang disokongnya lansung tidak dapat berkerja sama dan selalu bagi janji kosong.

selepas ini akan berlaku berubahan kepada yang boleh berkhidmat dan menyokong permintaan rakyat

yes Arumugan boleh......

Thursday, April 2, 2009

Stepping out of dad’s shadow



ON an evening a little more than five years ago, relatives, friends and supporters had gathered at Datuk Seri Najib Tun Razak’s Taman Duta house for tahlil prayers.


It was a thanksgiving prayer for his appointment as Deputy Prime Minister earlier that morning.
He gave a soft, subdued speech after the prayers and the key points in his speech were commitment, loyalty and competence.


He said he would be steadfast to the Government and Prime Minister, and hard-working and committed in his duties. He was grateful for the role and thanked those who had stood by him through the years.


Commitment, loyalty and competence have been recurring themes in Najib’s political journey.
It has been a long journey and he will arrive at his new destination today when he is sworn in as Malaysia’s sixth Prime Minister.


Najib, 55, has come full circle in politics.
His political career began with the death of his father Tun Abdul Razak Hussein in 1976. Today, in that sense, is particularly historic and meaningful — the son of a former Prime Minister becoming Prime Minister himself.


The handover of power this time has been in stark contrast to that five years ago when Tun Dr Mahathir Mohamad passed the baton to Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Back then, there was an outpouring of emotion for Dr Mahathir and goodwill for Abdullah.


There is no euphoria of any sort this time. The mood is sombre, with a sense of relief that the transition has been smooth and peaceful and with both the outgoing and incoming Prime Ministers showing great rectitude and patience throughout.


Najib is taking over in the face of challenges on both the economic and political fronts. The ruling coalition is labouring under a perception crisis as a result of an informed and critical electorate who want clean and capable leaders.


Unlike Abdullah who inherited a battleship in full steam, Najib is taking over a battered ship and this may explain why he seems solemn and thoughtful rather than celebratory.
The last few months have been spent consolidating his position in Umno so that he will be a strong president who is truly in charge.


The Umno general assembly last week ended on a high note, demonstrating his determination to rebuild the party and recover lost ground. He did not get his dream team but he is surrounded by some very capable people whom he trusts and can rely on.


One of the most important points he made at the general assembly was that the party had to change.


The old doctrine of the party controlling the Government could no longer hold. Instead, to recover and survive, the party must listen to what the people want so that the party in power will form a Government that reflects what the people want.


He also made a very significant visit to Sin Chew Daily, the most influential Chinese vernacular paper in the country. Some have even described his visit as symbolic given that it took place just days before his swearing-in.


Having put his own Umno house in order, he now wants to reach out to the next biggest community - the Chinese - to tell them that he will be an inclusive Prime Minister.
He wishes to cultivate the Chinese media, to signal that they are relevant to his administration. He wants to know what the Chinese are thinking and he also needs the community to understand what he wants to accomplish.


And he needs the cooperation of the Chinese business sector if he wants to see his economic policies succeed.


Najib impressed top editors and executives of the paper at a closed-door discussion.
“We asked him very tough questions and he impressed us with his grasp of issues and perspective. This man knows his stuff. His challenge now is implementation,” said Sin Chew executive director Rita Sim.


Najib is coming into this job with unrivalled experience in governance and politics. He has chaired numerous Cabinet committees and civil servants who have worked with him testify to his knowledge and commitment to the job.


The thing now is to get the job done.


He is not coming in making big promises or pumping up the people’s expectations. Instead, he is fully informed of the challenges and he has ideas on how to tackle them.
His first major speech in a few days time will give everyone a clearer picture of his road map for the future.


Comparisons will be made with his father but the times of Tun Abdul Razak were so different it is almost a world away.


The new Prime Minister is stepping into office a very realistic but determined person, and also very much his own man.


-THE STAR-

自诩武吉士南卯奥巴马 甘尼申评估有五成胜算



吉打州武吉士南卯州议席补选候选人甘尼申(S.Ganesan)笑言自己是可为武吉士南卯带来“改变”的(美国首位黑人总统)“奥巴马”,尽管是吉打州议会里的在野党议员,但可通过国阵联邦政府的拨款协助园丘及甘榜的穷人。
不过,他不愿表明是否支持让工人享有马币900元的最低薪金制。

甘尼申在吉打州双溪大年接受《独立新闻在线》专访时说,他或许可以成为马来西亚的奥巴马,为当地选民带来改变;谈到他所谓的“改变”为何时,他以当地的贫穷课题、失业率问题为例说,他得吸引外资进入武吉士南卯投资,制造就业机会。

吉打州是由人民联盟执政,甘尼申即使当选,也只是在野党议员;不过,他说,国阵控制联邦政府,他仍可通过联邦政府协助当地选民,例如通过乡村与区域发展部的拨款提升当地基建、修护学校等,或是通过福利部及教育部,为当地人提供培训机会,为他们增值。

他也透露,当地有许多人的薪金不高,常常入不敷出。

记者问,马币900元的最低薪金制能否协助穷人解决生计问题时,他旋即表示:“为什么要有最低薪金制?当生活费提高时,你有最低薪金制都没用。应该要改变穷人的想法,让他们知道,他们必须努力工作,专注工作。还有必须受教育,他们的生活才会因此而改变;因此,他们的父母必须确保孩子受教育。”

记者再追问他对制订最低薪金制的问题时,他说道:“如果生活费低的话,最低薪金制还可以,如果生活费高也没有用。打个比方,为什么华人不要成为公务员,因为他们不要固定的薪金,他们希望赚很多钱,所以不想替政府打工。如果我们固定薪金马币1200元……我看,我们还是不要谈这个课题吧!”甘尼申的竞选对手,除了人民公正党候选人马尼古玛(Manikumar Subramaniam)之外,还有13名独立候选人。【点击:15人参选创选举新记录 失意人武吉士南卯搞局】

自信有五成胜算

在大约15分钟的访谈中,甘尼申(右图)面露微笑表示,由于国阵在吉打州是在野党,因此他只有五成胜算,会更努力拜票。

他透露,在过去数天的拜票活动里,人民的反应相当积极;他说:“人民接受我,因为他们认识我。可能是因为我和蔼可亲的脸,或许我可以成为马来西亚的奥巴马,他们相信我可以为他们带来改变,对我抱有希望。”

他认为,相较起上届大选,印度人选民的反应比较好,这是因为他们对他有期望,也与他在园丘长大的背景有关。他在武吉冷武(Bukit Lembu)的园丘长大,也与附近的园丘有良好联系,这种成长背景让他更了解园丘工人的问题。

甘尼申否认当地巫统党员或马来人选民不满国阵委派国大党候选人的说法,他认为那个课题已成过去了,如今每个人都把他当自己人。

他也强调国阵成员党休戚与共,所有成员党无论有什么问题,到最后仍可妥协。

他也否认国大党主席三美威鲁(Samy Vellu)是该党和国阵的负担,国大党至今仍事关宏旨(relevent)。
他说:“国大党当然事关宏旨,我们为印度人社群做了很多事,印度人社群不会放弃我们。”